ANWAR IBRAHIM PILIHAN IRSHAD MANJI




#Srwkamek Tindakan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji, datang ke Malaysia dan cuba untuk melancarkan bukunya bertajuk Islam, Liberty and Love. Bagaimanapun, buku tersebut dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Irshad, 43, penulis warga Kanada sebelum ini pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Kehadiran Irshad di Malaysia dipercayai atas jemputan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang serta Majlis Peguam yang sebelum ini merupakan pendukung LGBT di Malaysia.

Difahamkan JAKIM dan KDN telah membuat pemantauan dari segi pergerakan Irshad di Malaysia kerana kedua-dua jabatan dan agensi kerajaan itu tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan pendukung LGBT.

Menurut JAKIM, Irshad seorang yang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa. Justeru, usaha menghalang Irshad itu adalah sesuatu yang seharusnya dilakukan di Malaysia biarpun Pakatan Pembangkang menyokong LGBT ini.

Sebelum itu, Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) telah bertindak menghalang satu program Irshad di sebuah kolej di Bandar Sunway. Idea LGBT bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT seperti yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger