WAJARKAH ABDUL MALIK YDP MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG LETAK JAWATAN?




Jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah dijadikan isu politik dalaman Pakatan Pembangkang. Akibatnya, jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang kini dipegang Abdul Malik ‘dipaksa’ untuk melepaskan jawatan itu. Ini disebabkan jawatan itu sebenarnya telah dikhaskan kepada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dilantik ke jawatan itu.

Umum mengetahui Abdul Malik Abul Kassim merupakan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang sah dan telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu. Jika Abdul Malik dipaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang melepaskan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang bermakna mereka telah membelakangkan peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia.

Apakah disebabkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang mengakui ‘silap’ memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara dalam jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang ‘boleh’ mengarahkan Abdul Malik meletakkan jawatan? Apakah Mansor Othman setaraf dengan Yang di-Pertuan Agong?

Abdul Malik merupakan EXCO Agama dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Apakah empunya badan mahu meletakkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang biarpun ia sah di sisi undang-undang?

Manakala, bagi PAS Pulau Pinang, Abdul Malik wajar melepaskan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu dengan segera dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS, Mohd Salleh yang kini memegang jawatan Timbalan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang dilantik ke jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang seperti mana yang dijanjikan Anwar Ibrahim dan PKR semasa PRK dahulu. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 21, 2012 at 10:06 AM

PAS HARUS MENERIMA DAN MENGHORMATI KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI MENCALONKAN YB MALIK UNTUK JAWATAN YDP. PAS JUGA HARUS BELAJAR MENGHORMATI TITAH YANG DIPERTUAN AGUNG. KEPADA YB MALIK, JAWATAN ITU ADALAH SAH DISISI UNDANG-UNDANG DAN BELIAU TIDAK PERLU MELETAKKAN JAWATAN TERSEBUT. TUNAIKAN TANGGUNJAWAB DAN MANDAT YAN GTELAH DIBERIKAN ITU. PAS TOLONG JANGAN MENGUGUT PAKATAN RAKYAT DAN MESTI HORMATI KEPUTUSAN EXCO KERAJAAN PULAU PINANG.

Anonymous
April 21, 2012 at 10:23 AM

Inilah jadinya bila satu Negara tidak mempunyai sistem perundangan yang selaras.Bebas berbuat sesuka hati mereka bila memerintah.THink again.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger