Sunday, April 22, 2012


Jika dibandingkan wajah Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri hingga kini telah menghimpunkan 1001 macam cerita.


Malah, sejak beberapa tahun ini perubahan ketara di wajah Anwar Ibrahim yang kini kelihatan keruh dan tidak lagi berseri. Apakah ini disebabkan perbuatan Anwar Ibrahim yang tidak mahu bersumpah laknat dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari.

Kini, perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.

Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini.

Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi.

Ketika berceramah kebelakangan ini, Anwar Ibrahim lebih banyak menampakkan emosi keterlaluan. Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau.


Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang. Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca.

Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya.

Dalam kes Anwar Ibrahim, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.

Renung-renungkan ....

Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!