TIPU RAKYAT ADUN DAP SERI KEMBANGAN, EAN YONG HIAN WAH DITUMBUK



Berita ini sangat tidak menggemparkan malah biasa biarpun tidak bagi pemimpin Pakatan Pembangkang.

Kejadian ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang cedera di muka akibat ditumbuk dua lelaki selepas makan malam di sebuah restoran di Seri Kembangan. Kejadian tersebut terjadi kira-kira jam 12.30 pagi dipercayai dilakukan oleh dua lelaki.

Punca sebenar kejadian adalah kaitannya dengan isu pemindahan peniaga pasar baru Seri Kembangan oleh kerajaan Selangor.

Kehadiran dua lelaki itu bertujuan mahu membincangkan isu pemindahan pasar baru yang dicadangkan kerajaan Selangor dan diketahui Ean Yong Hian Wah. Namun, selepas perbincangan kira-kira 10 minit, kedua-dua lelaki itu berang dan tidak mahu menerima penjelasan ADUN itu, sebelum menumbuk beliau dan melarikan diri.

Bagi menjaga keselamatannya, Ean Yong Hian Wah telah membuat laporan polis. Susulan daripada laporan itu, polis menahan dua suspek beberapa jam kemudian di sekitar Seri Kembangan bagi membantu siasatan.

Inilah akibat daripada sikap pemimpin Pakatan Pembangkang yang menipu rakyat dan berjanji kosong. Rakyat tidak akan berdiam diri dalam hal ini malah akan menagih hak mereka yang selama ini telah dihakis oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger