SAMBUTAN LUAR BIASA RAKYAT SIBU KE ATAS NAJIB BIMBANGKAN WONG HO LENG




Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak ke Sibu dalam lawatan ke Sarawak selama 3 hari mencemaskan Pakatan Pembangkang Sarawak. Dalam tinjauan mesra atau walkabout ke Pasar Sibu pagi tadi yang menyaksikan ribuan rakyat Sibu hadir bagi bersalam-salaman dengan Najib. Kesediaan Najib bersalam dan berbual mesra dengan rakyat Sibu dengan lebih dekat lagi menggambarkan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri benar-benar terasa.

Ramai di kalangan rakyat Sarawak di Sibu seperti Melayu, Cina, Iban, Melanau dan Orang Ulu menanti dengan penuh sabar kehadiran Najib ke bandar Sibu. Tidak kurang juga ada yang datang dari jauh di hulu Kapit dan pedalaman Sibu dengan menaiki perahu hanya semata-mata mahu bersalaman dan bercakap dengan Perdana Menteri. Keprihatinan Najib melayani rakyat menunjukkan beliau Perdana Menteri untuk rakyat.

Tukang kayu Peter Lansong, yang mengeluarkan RM17 untuk tambang bot skpres bagi dua jam perjalaan dari Song, dapat memenuhi impiannya bertemu Perdana Menteri.

"Saya berasa bangga dapat berjabat tangan dengan pemimpin Nombor Satu negara kerana beliau telah banyak berjasa kepada rakyat," kata bapa kepada enam orang anak, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ini adalah lawatan Najib ke Pasar Sibu buat kali ketiga dalam tempoh 2 tahun. Malah, dikatakan lawatan kali ini adalah yang paling meriah dan ramai di kalangan rakyat Sibu sememangnya mengalu-alukan kehadiran Najib ke Sibu. Pasar Sibu mempunyai 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 "tamu" atau gerai penjaja pribumi terdiri termasuk Iban, Melayu, dan Melanau.

Sambutan yang paling meriah dalam sejarah kehadiran Perdana Menteri di Sibu kali ini amat menggusarkan Ahli Parlimen Sibu dari DAP yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng. Malah sebagai Ahli Parlimen, Wong Ho Leng tidak senang kehadiran Najib ke Sibu lebih-lebih lagi menjelang PRU-13. Ini diperjelaskan Wong Ho Leng dalam twitternya yang banyak mempersoalkan kehadiran Najib ke Sibu.


Melihat kepada senario ini, adalah tidak mustahil Wong Ho Leng akan menghadapi tentangan sengit daripada BN. Pastinya, Wong Ho Leng bersama rakan mereka PKR dan DAP akan nekad untuk mempertahankan Sibu. Manakala, BN-SUPP yang kini dilihat lebih bersemangat telah mempunyai calon kuat yang boleh menumbangkan Wong Ho Leng di Sibu.

Selepas di Sibu, Najib akan bertolak ke Kabong pada petang ini sebelum ke Kuching pada esok hari bagi merasmikan Karnival ‘Janji Ditepati’ bertempat di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger