SAMBUTAN DINGIN IRINGI MANSOR OTHMAN DI SARAWAK


Kehadiran Mansor Othman ke Sarawak Ahad lepas di Sarawak tidak mendapat sambutan biarpun pelbagai langkah dan usaha PKR Petra Jaya mengadakan promosi dengan menggantung banner dan mengedarkan risalah-risalah di masjid sekitar Petra Jaya.

Biarpun cuaca sangat memihak kepada PKR namun rakyat khususnya pengundi di kawasan DUN Satok dan penduduk sekitar Kuching sedikitpun berminat untuk menyaksikan ‘drama’ yang ditayangkan PKR.


Bertempat di markas tetap PKR di Satok dan menjadi laluan utama penduduk di tepi Sungai Sarawak, ceramah PKR pada malam itu ternyata hambar. Disebabkan kekurangan rakyat yang hadir pada malam itu menyebabkan penceramah yang diimport khas dari Pulau Pinang, Mansor Othman tidak bersemangat malah hanya berceramah beberapa minit sahaja.

Dianggarkan hanya sektar 30 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakkan mereka sekadar yang lalu lalang dan mendengar ceramah tersebut.

Situasi ini amat mendukacitakan PKR Petra Jaya sebagai penganjur pada malam itu. Ini sangat membimbangkan PKR dan Pakatan Pembangkang lain kerana bukan sahaja membantutkan usaha mereka merampas Parlimen Petra Jaya malah menjejak kaki ke Putrajaya amat jauh sekali.

Harus diingat bahawa rakyat Sarawak khususnya mereka yang tinggal di Kuching sudah muak dan bosan dengan janji-janji PKR dalam setiap ceramahnya seperti yang pernah ditunjukkan semasa PRN Sarawak Ke-10 lepas.

Malah yang menjadi persoalan di kalangan mereka yang hadir ialah kenapa tidak ada seorang pun pemimpin mahupun orang-orang DAP? Apakah disebabkan pertelingkahan kerusi yang ingin ditandingi mereka menyebabkan kedua-dua parti itu bermasam muka!

Dalam ceramah itu juga kebanyakan isu yang dibawa dan dikupas pemimpin PKR hanya bersifat gula-gula politik dan berbau fitnah. Ini kerana kebanyakan isu tersebut telah dijelaskan kerajaan BN dan sememangnya suatu pembohongan.

Berasaskan kepada perkembangan terbaru ini, jelas bahawa rakyat Sarawak telah menolak kehadiran PKR di bumi kenyalang. Kekalahan PKR di kawasan Petra Jaya adalah signal buat mereka, tetapi seperti biasa mereka buat-buat tidak faham.

Justeru, PKR disaran bungkus dan balik sahaja ke Semenanjung Malaysia kerana rakyat Sarawak tidak memerlukan parti yang hanya memperjuangkan pemimpin yang rosak akhlaknya. 

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger