PRU-13 PENENTU NASIB ISLAM, MELAYU DAN INSTITUSI RAJA DI MALAYSIA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini adalah ibu segala pilihan raya di Malaysia.

PRU-13 yang akan diadakan sedikit masa lagi akan menentukan nasib tiga kompenan penting yang menjadi tunjang dalam pembentukan Malaysia. Jika dahulu, ketiga-tiga kompenan itu menjadi tulang belakang dalam pembentukan Malaysia dan dipelihara dengan baik namun kini tidak lagi. Disebabkan pengaruh politik kotor yang diamalkan parti politik pembangkang menyebabkan Islam, Melayu dan institusi Raja dipermainkan serta diperlekehkan.

Untuk itu, undi rakyat pada PRU-13 akan menentukan nasib ketiga-tiga kompenan itu, Islam, Melayu dan institusi Raja.


Islam semakin diperlekehkan khususnya oleh parti politik pembangkang. Jika dahulu, PAS dilihat sebagai memperjuangkan Islam tetapi kini tidak lagi. Sebaliknya PAS mempergunakan agama bagi memperoleh kuasa politik. Perbuatan ini bukan sahaja telah menyalahanggap Islam di kalangan mereka yang bukan Islam malah menganggap Islam itu hanya untuk politik.

Nasib orang Islam di Selangor kini sudah tidak lagi terbela kerana pendedahan Dr Hassan Ali bahawa terdapat unsur dan perbuatan memurtadkan orang Islam. Ini dipercayai didalangi parti politik pembangkang yang dilakukan NGO’s yang berkepentingan.

Begitu juga dengan pemerintahan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang apabila nasib masyarakat Melayu ditindas dan dipijak-pijak. Pulau Pinang yang Ketua Menterinya daripada DAP yang terkenal dengan lakonan dan sikap rasisnya terhadap orang Melayu secara terang menghakis peniaga-peniaga Melayu yang berniaga secara kecil-kecilan. Sikap ‘double standard’nya itu ditunjukkan apabila membenarkan peniaga Cina berniaga biarpun secara jelas kawasan itu menganggu jalan raya dan pejalan kaki.

Terbaru, di Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara terang telah menjual tanah milik masjid kepada sebuah syarikat. Keputusan itu sedikitpun tidak dibantah pemimpin PKR yang beragama Islam kerana telah termakan ugutan dan ketakutan di bawah rejim DAP.  


Kebiadapan DAP dalam mempersoalkan titah Sultan seperti yang ditunjukkan dalam Dewan Rakyat dan DUN Perak mencerminkan sikap sebenar DAP yang mahu menghapuskan sistem di raja dan membentuk sistem republik seperti yang dilakukan rakan mereka PAP di Singapura.

Menerusi sistem republik, pemerintahan berasaskan Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia pada hari ini akan terhakis dan yang pasti kepentingan masyarakat Melayu akan mati terkubur. Lihat sahaja nasib masyarakat Melayu di Singapura yang mengemis di negara sendiri disebabkan pemerintahan mereka yang mementingkan ekonomi dan wang.

Kelantangan anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta Karpal Singh juga pemimpin-pemimpin DAP lain mempunyai impian ketiga-tiga komponen ini, Islam, Melayu dan institusi Raja dimansuh atau dihapuskan terus di bumi Malaysia.

Sebagai orang Islam mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya seperti Kerajaan BN yang dipimpin Najib Razak.

Jangan perjudikan nasib anak cucu cicit kita dengan mengundi Pakatan Pembangkang yang kini rakus untuk mendapatkan kuasa politik walau dengan apa cara sekalipun termasuklah menjual negara. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

sb
April 9, 2012 at 4:48 AM

pru 13 penentu nasib rakyat malaysia...tolak umno, negara maju, rakyat selamat!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger