PKR ANGGAP PERSENDA RAJA ITU ISU REMEH!



Jika Azmin Ali empunya badan bersama Tian Chua dan Khalid Samad yang didakwa telah mempersendakan Raja-Raja Melayu dan Sultan Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara menganggap isu itu hanya propaganda UMNO dan BN, Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pula menganggap dakwaan perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu melibatkan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir pada baru-baru ini sebagai isu remeh.

Dakwaan Khalid Ibrahim itu secara langsung merendahkan martabat Raja-Raja Melayu dan Sultan Melayu dalam konteks pentadbiran negara kita. Apakah dengan berjawatan sebagai Menteri Besar, Khalid Ibrahim sanggup menidakkan kuasa dan martabat Raja-Raja Melayu dan Sultan Melayu?

Sambil menyalah BN dan Dr Rahman Kadir yang dikatakan sengaja memperbesar-besarkan isu ini bagi tujuan politik. Umum mengetahui bahawa itu bukan isu politik sebaliknya cuba memperjelaskan bagaimana sikap sebenar pemimpin Pakatan Pembangkang semasa berada dalam balairong semasa upacara istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV.

Jika benar itu bukan isu politik dan sengaja diada-adakan BN, mengapa pula mahasiswa yang diracuni pemikiran mereka oleh Pakatan Pembangkang dengan secara terang-terangan disokong Tian Chua dan Nurul Izzah bagi memansuhkan PTPTN. Isu PTPTN bukan isu politik, tetapi kenapa PTPTN dijadikan isu politik oleh sesetengah Pakatan Pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah?


Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah juga tidak ketinggalan dalam hal ini apabila menyamakan suasana istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV sama seperti zaman lagu P.Ramlee. Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi yang diibaratkan Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah.

Sikap bermuka-muka pemimpin Pakatan Pembangkang kononnya mereka bersedia menghadap Seri Paduka Baginda bagi menjelaskan kedudukan sebenar adalah satu lagi taktik buruk mereka. Kenapa perlu berdolak-dalih dalam perkara ini kononnya ia sengaja diada-adakan BN sedangkan saksi utama kepada situasi ini telahpun memberikan penerangan.

Inilah dia sifat dan sikap yang dibawa Pakatan Pembangkang atas tunjuk ajar Anwar Ibrahim tentang bagaimana memanipulasi keadaan semasa ketika mana pemimpin Pakatan Pembangkang kena serang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger