PKR AMBIL KESEMPATAN EDAR RISALAH



Di sebalik keghairahan Pakatan Pembangkang mengadakan perhimpunan, pemimpin PKR mengambil kesempatan mengedarkan risalah BERSIH 3.0. Terdapat 3 versi risalah BERSIH 3.0 iaitu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Iban dan Bahasa Inggeris.

Tidak ketinggalan juga pemimpin PKR See Chee How sedang mengagihkan belon dan menulis BERSIH 3.0 di atas belon itu. Manakala, pemimpin PKR lain hanya duduk san melihat pemimpin mereka bekerja.


Keghairahan PKR mengadakan BERSIH 3.0 ini juga diselubungi nyanyian Maher Zain dengan tajuk lagunya Freedom. Mereka menggunakan radio dalam kereta Hilux. Ini membuatkan penyokong PAS yang tahu lagu tersebut turut serta menyanyikan lagu itu. Dan, apabila penyokong DAP datang dengan sorakan ‘reformasi’ dan laungan bahasa Cina, lagu Freedom yang tadi dimainkan terus ditutup dan ditukar dengan lagu ‘ubah’. Kehadiran rombongan DAP itu seumpama kumpulan gengster yang mahu mencari gaduh.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger