PERJUANGAN PAS BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN



Jika mahu berjaya, seseorang itu perlu berubah. Itulah asas perjuangan PAS yang mahu berjaya dalam politik demi mencapai cita-citanya untuk memerintah Malaysia. Jika PAS masih bersikap seperti dahulu yang mana memperjuangkan agama Islam dan berdiri bersendirian maka hala tuju PAS tidak akan ke mana.

Idea untuk bersama dengan parti kafir DAP yang pernah diperkatan PAS suatu ketika dahulu ‘terpaksa’ diterima memandangkan Malaysia mempunyai rakyatnya yang terdiri daripada kaum Cina. Kehadiran PKR dalam kancah politik Malaysia dengan bersandarkan populariti Anwar Ibrahim nescaya menguatkan lagi ‘persetubuhan’ parti bertiga. Asas itu terbentuklah Barisan Alternatif.

Biarpun hanya bertukar nama namun perjuangan mereka dalam kesepakatan tidak pernah terjalin. Masing-masing dengan idea dan perjuangan sendiri. PAS yang dahulunya memperjuangkan Islam saban hari telah hilang matlamat Islamnya malah lebih terarah untuk mendapatkan kuasa. Atas sebab itu jika sebelum ini berkawan dengan kafir DAP itu haram, tetapi kini telah dihalalkan.

Perjuangan PAS kini yang lebih terarah untuk mendapatkan kuasa tidak dinafikan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Sarawak Mohamad Shokri Ahmad Fauzi. Malah tegas beliau, PAS kini semakin kuat malah lebih kuat daripada PKR dan DAP. Justeru itu, sekiranya gabungan Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13 nanti, bukan DAP atau PKR yang berkuasa, tetapi PAS.

Hubungan terjalin antara PAS dengan DAP dan PKR hanyalah dalam politik dan bukan dalam pemerintahan. Biarpun perjuangannya berubah mengikut peredaran zaman, tetapi matlamatnya tidak pernah berubah iaitu mendapatkan kuasa.


PAS tidak mahu dilihat hanya kuat di Kelantan, tetapi lemah di Malaysia. Strateginya meluaskan sayapnya di Sabah dan Sarawak adalah untuk mendapatkan kuasa dan bukannya pelengkap kepada DAP dan PKR. Sebaliknya, PAS tidak mahu seperti yang dilakukan PKR Selangor yang menidakkan peranan PAS dalam pentadbiran negeri dengan hanya DAP sahaja yang mempunyai kuasa.

Biarpun ramai yang marah dan tidak suka dengan cadangan PAS mengetengahkan calon Iban di Parlimen Sibuti bagi menghadapi PRU-13 akan datang, namun demi mendapatkan kuasa, PAS sanggup berbuat demikian. Inilah keistimewaan PAS yang dilihat semakin relevan dengan situasi semasa. Adalah tidak mustahil suatu hari nanti, PAS akan mencalonkan calon Cina di kawasan majoriti Cina.

Melihat kepada sokongan kaum Cina terhadap DAP dan PKR, adalah tidak mustahil kaum Cina akan menyokong PAS. Sebab itu, PAS tidak teragak-agak mencalonkan calon daripada kau Cina biarpun beragama Kristian atau Tionghua. Apa yang penting adalah sokongan rakyat.
Tindakan ini diambil kerana percaya ramai di kalangan orang Islam tidak lagi mempercayai PAS. Berbeza pula dengan golongan bukan Islam yang menerima PAS disebabkan PAS sanggup menghalalkan cara biarpun ia haram seperti berkawan dengan DAP.

Sambil menidakkan acuan BN yang selama ini terbukti berjaya tanpa sebarang pertelingkahan berhubung pembahagian kerusi dan calon yang layak untuk bertanding. Tidak bagi pihak Pakatan Pembangkang yang mana pemilihan calon dan pertindihan kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi menjadi masalah utama.

Berasaskan senario semasa PAS yang masih menjalinkan hubungan dengan DAP serta mempergunakan calon Iban semestinya tidak akan menghakis pandangan serong rakyat Sarawak terhadap selama 19 tahun PAS bertapak di Sarawak.

Ini diakui Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan PAS Kawasan Petra Jaya di Markas Perhubungan PAS Negeri di Matang Jaya. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger