Tuesday, April 10, 2012



Syabas dan tahniah ke atas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kabinetnya kerana atas usaha bersama dan kepercayaan rakyat dalam memberi mandat kepada BN menerajui Malaysia pada PRU-12 membolehkan pinjaman Malaysia ke atas Bank Dunia telah berjaya diselesaikan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadziah kerajaan sudah melangsaikan pinjaman Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan.

Pinjaman berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara tahun 1965 dan 1999 sudah dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2011.

Pinjaman ADB pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta).

Jumlah keseluruhan pinjaman berjumlah AS$3.931 bilion (RM11.793 bilion) itu dibuat setelah mengambil kira kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula.

Melihat kepada kejayaan Malaysia yang berjaya melunaskan pinjaman Bank Dunia membuktikan bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Najib telah mengamalkan pendekatan pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk mebiayai projek-projek pembangunan.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!