Thursday, April 12, 2012



Demi memastikan matlamat dan perjuangannya untuk melihat BN tidak menang selesa dalam PRU-13 di Sarawak, PAS sanggup menelan ‘air ludah’ biarpun telah jatuh ke tanah.

Jika sebelum ini, difahamkan PAS hanya mencalon seorang sahaja calon Iban tetapi disebabkan ketamakan kuasa maka PAS telah mencalonkan seorang lagi calon Iban bagi mewakili PAS. Ini semua hanya untuk memastikan BN tumbang dan bukannya berhasrat untuk berkhidmat untuk rakyat.

Objektif PAS dalam PRU-13 di Sarawak lebih bersifat dendam dan bukannya mahu membantu rakyat. Jika disebabkan kekalahan teruk PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 lepas ianya ada kemungkinan. Biarpun hanya bertanding di lima kerusi DUN dan penuh yakin akan menang, PAS akhirnya tersungkur ke bumi dengan kekalahan yang sangat teruk.

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani mengesahkan parti itu akan meletakkan dua calon Iban untuk bertanding mewakili PAS iaitu di kerusi Sibuti dan satu lagi, sama ada di kerusi Igan atau Tanjung Manis.

PAS sebelum ini telah memperkenalkan calon Iban di Sibuti yang sudah disahkan ialah Bobby Zaid Tadang yang berasal dari Miri, manakala untuk kerusi yang satu lagi, proses untuk mengenal pasti calon paling layak sedang dilakukan.

PAS juga mengharapkan agar pencalonan calon Iban ini akan ‘meredakan’ sedikit ketegangan yang pernah ditimbulkan Presiden PAS sebelum ini semasa Pilihan Raya Kecil Batang Ai pada tahun 2009. Bagaimanapun, pengharapan PAS itu tidak semudah yang disangka memandangkan rakyat Sarawak terutama kaum Iban masih ingat kenyataan Abdul Hadi Awang itu bersifat cacian dan kurang ajar. 
Categories:

9 comments:

  1. Replies
    1. ya..kita hidupkan kembali sarawak yang 40tahun yang lalu,,,,dengan kekayaan yang ada di bumi sarawak,seperti hutan dan tanah yang banyak belum diterokai dan dijual orang yang tidak ada berhati perut....

      Delete
  2. tumbangkan PBB,Hidup SPDP

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita mesti tumbangkan dan terbalikkan PBB kali ini...........

      Delete
  3. Jangan harap hendak menang di Sarawak..baliklah tanpa cawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.....you cakap..

      Delete
  4. jangan harap bn menang di sarawak dalam pru 13 ini...saya sokong pkr,dap,dan pas....hidup anuar.....

    ReplyDelete
  5. saya pasti calon iban akan menang di mana-mana kawasan di sarawak ,,,,,saya doakan agar iyanya berlaku kali ini.

    ReplyDelete
  6. bukan kita tak nakkan BN memerintah......BN adil tetapi (orang yang memerintah itu tidak adil dan saksama terlalu mementingkan teturunan dan agama serdiri..................

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!