NAMA ANWAR IBRAHIM TERSEMAT DALAM PENUBUHAN ‘TIBAI’



Bagi mengenang jasa dan pengorbanan Anwar Ibrahim, beberapa bekas pengasas PKR bersatu menubuhkan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI). Tujuan penubuhan TIBAI adalah untuk menggerakkan usaha menyedarkan rakyat supaya menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelab TIBAI yang dikhususkan kepada Anwar Ibrahim itu diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip. Jika PAS mempunyai Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS, TIBAI juga mempunyai Mursyidul Am, iaitu Muhammad Zahid. Dianggotai seramai 28 orang bekas pemimpin PKR yang juga menganggotai majlis syura. Kesemua mereka ini akan menggerakkan segala usaha untuk membantutkan cita-cita Anwar Ibrahim melantik dirinya sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13.

Bersandarkan pengalaman sebagai bekas rakan Anwar Ibrahim dan cukup mengenali fiilnya, mereka akan berusaha secara maksimum bagi menyedarkan rakyat betapa durjananya manusia bernama Anwar Ibrahim yang bertopengkan syaitan.

Mereka juga tidak takut untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim bagi membincangkan nilai moralnya. Malah sebelum ini telah banyak cabaran mereka terhadap Anwar Ibrahim namun sehingga kini satu pun cabaran mereka tidak pernah disahut. Ini termasuklah cabaran saman yang dibuat Datuk S. Nallakaruppan ke atas Anwar Ibrahim yang sehingga kini langsung tiada khabar berita. Sebaliknya tindakan Anwar Ibrahim mahu menyaman Utusan Malaysia dianggap suatu tindakan yang salah dan bukan yang sepatutnya.


Bagi menjamin kejayaan gerakan TIBAI, Muhammad Zahid tidak menolak kemungkinan akan menggunapakai pendekatan yang pernah digunakan mereka suatu ketika dahulu ketika bersama AMK PKR seperti Gerakan Sumpah Keramat pada zaman 1990-an. Namun, pendekatan ini akan diselaraskan mengikut keadaan semasa.

Untuk meramaikan lagi keahlian TIBAI, majlis syura memutuskan membuka keahlian secara percuma kepada rakyat Malaysia. Gerakan yang berteraskan menolak cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan mengingatkan rakyat betapa bahayanya manusia yang bernama Anwar Ibrahim terhadap agama, bangsa dan tanahair.

Sebelum Anwar Ibrahim mengaitkan TIBAI dengan UMNO dan BN, diingatkan kepada Anwar Ibrahim bahawa parti itu bergerak atas iktikad demi agama, bangsa dan tanahair, dan tiada sebarang pertalian dengan UMNO atau BN. Dakwaan seperti itu pastinya menjadi modal kepada Anwar Ibrahim untuk memburukkan TIBAI. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger