MAT SABU JUAL ISU REMEH DI SARAWAK



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah diberi penghormatan PAS Sarawak dalam merasmikan Bangunan Baru PAS Sarawak. Biarpun bangunan ini telah lama namun ianya telah diubahsuai dan dijadikan ibu pejabat markas PAS Sarawak yang bertempat di Lorong 4, Taman Matang Jaya, Kuching.

Seakan-akan tidak bersetuju dengan kehadiran Mat Sabu dan rombongan dari Semenanjung ke Sarawak, hujan telah mengiringi majlis tersebut. Biarpun orang kata hujan rahmat namun hujan pada malam tersebut telah menghad dan membataskan pergerakan majlis yang dijadualkan lebih ramai dan lebih gempak.

Biarpun kehadiran orang ramai pada malam tersebut amat mengecewakan, namun kehadiran rombongan pelajar-pelajar UNIMAS yang kebanyakannya mengambil jurusan sains politik sedikit sebanyak telah menyelamatkan keadaan. Jika tidak, kehadiran pada majlis tersebut pastinya memalukan Mat Sabu.

Seperti ceramah PKR dan DAP, PAS biarpun tidak bertanding di kawasan Petra Jaya tetap menempatkan auranya agar tidak ketinggalan daripada PKR. Jika di Semenanjung, PAS dilihat lebih dominan namun di Sarawak keadaanya jauh berbeza. PAS seumpama parti pelengkap kepada kekuasaan politik PKR dan DAP. Ini menyebabkan PAS Sarawak terpaksa menyusun strategi agar tidak jauh ketinggalan daripada dua parti kompenan pembangkang itu.

Tingkahlaku PAS di Sarawak sejak akhir-akhir ini kelihatan aggresif. Biarpun berhasrat bertanding di 8 buah kerusi Parlimen, namun sehingga kini masih terdapat persetujuan daripada rakan kompenan pembangkang. Minggu lepas, PAS telah berada di Parlimen Miri dan Sibuti dengan mengadakan makan malam. Majlis tersebut telah dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Jika di Miri, Mat Sabu berceramah tidak memakai kopiah. Ini kerana beliau tahu kebanyakan yang hadir ketika itu orang-orang Cina yang ramai menggunakan skirt pendek dan seksi biarpun mengetahui ceramah itu ada pemimpin PAS seperti Mat Sabu. Namun, ketika di Kuching, Mat Sabu memakai kopiah kerana tahu pasti ramai anak-anak dara yang menggunakan tudung. Ini pastinya menampakkan kewarakkan Mat Sabu di atas pentas ketika memberi ceramah.

Tidak cukup di Miri, PAS telah menggerakkan usahanya untuk menempatkan diri di beberapa kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu. Mereka cuba meraih sokongan rakyat Sarawak berketurunan Melayu dan Bumiputera. Bagaimanapun, cara dan kaedah itu tidak berjaya meracuni orang Melayu Sarawak.

Dalam ceramah malam semalam, PAS telah menggunakan taktik yang memalukan PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sebelum ini. Ajaran Islam tidak pernah menyuruh umatnya berbohong tanpa usul periksa. Tetapi, bagi PAS yang haram itu boleh dijadikan halal termasuklah memfitnah dan membunuh. Ini sudah tergelincir daripada ajaran sebenar Islam dan harus dihindari jauh-jauh. Jika tidak, keadaan akan menjadi lebih teruk seperti yang pernah berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger