MAK LAMBIR ZURAIDA CETUSKAN KEMARAHAN ORANG SARAWAK



Hari ini Mak Lambir Zuraida datang ke Sarawak sebagai tetamu jemputan bagi merasmikan Forum ‘Who Is The Boss’ anjuran PKR Cawangan Batu Lintang bertempat di Hotel Grand Continental pada petang tadi.

Forum itu dihadiri ADUN Batu Lintang yang juga Pengerusi Penganjur, See Chee How, ADUN Ba’kelalan Baru Bian yang juga Pengerusi PKR Sarawak, YB George Lagong ADUN Pelagus dan tetamu jemputan khas dari Semenanjung Malaysia, Mak Lambir Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Pengerusi Wanita PKR. Selain ahli politik, forum itu juga dihadiri Prof Dr Andrew Aeria, pensyarah UNIMAS.

Forum yang hanya dihadiri kira-kira 80 orang penyokong PKR yang kebanyakkan terdiri daripada kaum Bumiputera penyokong ADUN yang hadir. Bagaimanapun, penyokong PKR daripada kaum Cina hanya beberapa orang dan dapat dihitung dengan menggunakan jari.

Ketidakhadiran pemimpin DAP sepanjang forum itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kini PKR dan DAP sedang mengalami krisis permaufakatan. Ini kerana masih terdapat beberapa kerusi yang menjadi pertikaian kedua-dua pihak akibat pertindihan disebabkan masing-masing mahukan kawasan Parlimen tersebut.

Biarpun See Chee How sebelum ini menjelaskan forum ini bukan bersifat politik dan hanya medan membicarakan demokrasi namun forum yang diadakan petang tadi lebih banyak berkisar kepada menghentam pentadbiran BN dalam memajukan Malaysia selepas PRU-12 yang disifatkan gagal. Seperti biasa, Selangor dan Pulau Pinang masih dijadikan model kegemilangan pemerintahan Pakatan Pembangkang dan ini cuba dijanjikan mereka kepada penduduk Sarawak.

Melihat kepada objektif forum tersebut ternyata ianya telah menyimpang daripada tujuan asal dan menjadi medan menghentam BN. Manakala, Mak Limah Zuraida seperti diarahkan Anwar Ibrahim menjaja janji pendidikan percuma dengan cuba menghapuskan PTPTN. UNISEL masih lagi promosi kemasukan dengan pembiayaan PTPTN. Apa cerita Mak Lambir Zuraida?

Biarpun tidak ramai yang mengetahui forum tersebut namun kehadiran Mak Lambir Zuraida di Sarawak telah mencetuskan kemarahan penduduk Sarawak. Bagi mereka kehadiran Zuraida Kamaruddin di Sarawak sangat tidak dialukan dan hanya penting bagi PKR Sarawak. Difahamkan malam ini Mak Lambir Zuraida itu akan membuat pengambaran lakonan untuk filem seterusnya di Kampung Lintang, Petra Jaya. Yang pasti, malam ini Zuraida Kamaruddin akan sekali lagi menerima cemuhan daripada rakyat Sarawak. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 16, 2012 at 3:55 AM

patut disumpit jer biji kelintit betina nie...

pejuang hamas...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger