MAHASEWEL ‘DATARAN MERDEKA’ TAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG BANGANG DAN BODOH



Memalukan golongan cerdik pandai. Kata belajar di universiti dan bijak pandai, tetapi hakikatnya mahasewel pelajar universiti ‘Dataran Merdeka’ ini bangang dan bodoh. Biarpun perkataan bangang dan bodoh ini ‘keterlaluan’ namun itulah perkataan yang paling layak dipanggil ke atas mereka.


Pernahkah kita melihat pelajar sekolah TADIKA, sekolah rendah dan sekolah menengah berkhemah dan belajar di Dataran Merdeka? Pastinya tidak kerana mereka tidak bangang dan bodoh seperti mahasewel yang kononnya cerdik pandai.

Apakah mereka ini tidak terfikir atau mahu berfikir bahawa tindakan mereka ini sebenarnya melukakan hati ibu bapa di kampung? Keluarga menghantar mereka belajar di universiti adalah untuk menuntut ilmu demi masa depan mereka, tetapi apabila mereka belajar di Dataran Merdeka ternyata mereka ini telah menyimpang jauh daripada tujuan sebenar.


Jika tujuan perkhemahan mahasewel ini adalah untuk memansuhkan PTPTN ternyata itu bukan tindakan yang bijak sebaliknya bodoh. Jika tidak mahu mengambil duit PTPTN, pulangkan balik pinjaman itu kepada PTPTN dan minta Pakatan Pembangkang membiayai pengajian mereka ini. PTPTN tidak pernah memaksa pelajar untuk meminjam jika mereka mampu.

Propaganda pendidikan percuma yang hendak disampaikan Pakatan Pembangkang denga menjadikan PTPTN sebagai kuda tunggangan. Jika benar Pakatan Pembangkang mahu mengadakan pendidikan percuma, laksanakan dahulu di UNISEL yang merupakan universiti di bawah Kerajaan Selangor. Namun, sehingga kini malah semasa promosi kemasukan baru ke UNISEL masih lagi menawarkan PTPTN kepada prlajar yang berminat. Begitu juga kepada pelajar yang sedia ada yang mana setiap pelajarnya masih menerima PTPTN.

Apa yang pasti di sini, gerakan mahasewel terhadap pemansuhan PTPTN hanya suatu permainan politik murahan. Jika diimbas sumbangan PTPTN terhadap pendidikan negara ternyata ia sangat berbaloi khususnya kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Tahniah kepada mahasewel di atas tindakan mereka yang menampakkan kebodohan dan kebangangan yang teramat sangat di sepanjang berada di Dataran Merdeka
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 20, 2012 at 12:14 AM

Santau je

Anonymous
April 20, 2012 at 1:55 AM

Universiti Dataran Merdeka ... terbaik ... Yuran percuma ... Ijazah setaraf tisu tandas ... boleh credit transfer universiti Israel

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger