LEBIH 52 PERATUS PELAJAR CINA DAPAT BIASISWA NASIONAL



Dakwaan DAP sebelum ini bahawa Barisan Nasional ‘pilih kasih’ dalam sebarang pemberian bantuan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar-pelajar berketurunan Cina adalah bersifat prejudis dan rasis. Juga mainan politik DAP dan Pakatan Pembangkang dalam memburukkan Kerajaan BN.

Keprihatinan kerajaan dalam pemberian Biasiswa Nasional kepada 50 pelajar cemerlang yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam SPM 2011 peringkat kebangsaan tanpa mengira perkauman dan agama serta latar belakang politik. Tindakan Kerajaan ini telah meningkatkan tekanan ke atas DAP dan Pakatan Pembangkang khususnya dalam isu pendidikan.

Isu pendidikan percuma yang dimainkan Pakatan Pembangkang dengan mahu memansuhkan PTPTN adalah satu lagi tindakan yang pada hakikatnya tidak diterima semua pelajar IPT daripada semua kaum. Sebaliknya pendidikan percuma itu helah politik Pakatan Pembangkang untuk meraih sokongan pengundi muda dalam PRU-13 akan datang.


Jika benar Pakatan Pembangkang mahu membawa isu pendidikan percuma, kenapa tidak dilakukan semasa kemenangan pada PRU-12 tahun 2008? Kenapa baru sekarang? Atas sebab itu Pakatan Pembangkang cuba menjual minyak ‘PTPTN’ untuk golongan belia khususnya mereka yang meminjam PTPTN sekarang. Hakikatnya, Pakatan Pembangkang sudah kekeringan isu untuk dijadikan modal dalam PRU-13 akan datang.

Berbalik kepada Biasiswa Nasional yang dianugerahkan Kerajaan kepada pelajar cemerlang, seramai 26 orang penerima terdiri daripada pelajar kaum berketurunan Cina manakala selebihnya terdiri daripada kaum Melayu, India, Pribumi Sarawak dan Sabah. Daripada jumlah keseluruhan penerima, 6 pelajar pribumi Sarawak dan Sabah berjaya menerima biasiswa tersebut.

Di samping itu, dalam RMK-10, Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperuntukan RM2.12 bilion pada tahun ini bagi membiayai kira-kira 12,000 orang pelajar cemerlang mengikuti pengajian peringkat ijazah di dalam dan luar negara. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang memperuntukan besar dalam penajaan kepada pelajar Malaysia di dalam dan luar negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger