FORUM ‘SIAPA TAUKE’? HANYA SANDIWARA PKR SARAWAK



ADUN Batu Lintang, See Chee How yang juga Naib Presiden PKR Sarawak semalam memulakan perang minda apabila cuba mempelawa pemimpin BN Sarawak untuk menyertai Forum Siapa Tauke? Menurut See Chee How, forum itu bukan debat politik tapi hanya sekadar dialog intelektual berhubung demokrasi.

Sanggahan See Chee How itu cuba memerangkap pemimpin BN dalam usaha mahu berdebat berhubung pendedahan surat Mong Dagang sebelum ini.

Melihat kepada tajuk forum itu, Siapa Tauke? ianya boleh disifatkan sebagai suatu bentuk forum politik dengan cuba menjadikan pemimpin PRS seperti James Masing sebagai sasaran untuk diserang.

Jika tidak masakan See Chee How menjemput pemimpin BN dan kenapa tidak pemimpin NGO’s lain yang mungkin lebih sesuai dengan aliran politik pembangkang?

Forum yang akan diadakan pada 15 April ini dianjurkan PKR dan menjemput Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing. Bagaimanapun, jemputan itu telah ditolak dengan baik atas alasan kerana banyak lagi tugasan dan kerja yang lebih bermanfaat berbanding menyertai forum itu yang disifatkan sebagai membuang masa.

Adalah lebih bermakna jika masa itu diluangkan kepada rakyat di kawasan dalam mendengar dan menyelami permasalahan rakyat seperti mana kehendak rakyat semasa pilihan raya.

Tidak seperti wakil rakyat Pakatan Pembangkang yang hanya banyak membuang masa dengan mengadakan aktiviti yang bersifat menguntungkan politik mereka dan menidakkan permasalahan rakyat. Mereka ini hanya mahukan kuasa untuk ke Putrajaya dan rakyat menjadi alat kepada mereka untuk mencapai cita-cita ini.

Justeru, tindakan Presiden PRS itu amat mulia jika dibandingkan dengan tabiat dan sikap pemimpin PKR yang hanya mementingkan kuasa politik biarpun terpaksa memperalatkan rakyat. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

April 7, 2012 at 5:48 AM

Cuba suruh pembangkang berdialog thema "Siapa rasist?, ajal Karpal Singh, LGE dan LKS sebagai panelist..HAHAHHA!

April 27, 2012 at 2:16 PM

Tolong la follow aku balik.. kesian la kat aku.. asyik aku jer follow korang... kah..kah..kah..kah..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger