FITNAH SUDAH SEBATI DALAM DIRI MAT SABU DAN PAS



Gelanggang ceramah PAS malam semalam diibaratkan medan untuk Mat Sabu dan pemimpin Pakatan Pembangkang menabur dan menyemai fitnah. Secara logik apa yang diperkatakan Mat Sabu dan rombongannya itu seumpama menanam padi fitnah ke atas tanah milik rakyat Sarawak.

Penyebaran risalah yang dimemperkatakan polis menyalahgunakan kuasa dengan menembak orang awam adalah suatu tindakan terdesak untuk mencemar nama baik polis. Jika sebelum ini polis sering dikaitkan dengan tali barut kerajaan, tetapi kini PAS sudah semakin aggresif dengan mengaitkan polis menyalahgunakan kuasa terhadap rakyat. ini bertujuan cuba untuk memberikan imej yang buruk polis terhadap rakyat.

Jika berada di Sarawak, isu Ketua Menteri Sarawak sering dijadikan asas dan modal untuk mencemar nama baik pemimpin tertinggi Sarawak selepas TYT Sarawak. Malah isu itu sudah tidak lagi relevan di kaca mata rakyat Sarawak. Biarpun ada di kalangan rakyat Sarawak menganggap kepimpinan Pehin Sri Taib sudah terlalu lama dalam memerintah Sarawak, namun keupayaan beliau memajukan Sarawak dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi rakyat Sarawak amat dikagumi. Berbekalkan sebanyak lebih 48 suku kaum di Sarawak, pemerintahan BN telah berjaya menyatukan  mereka di bawah satu bumbung yang berpaksikan bendera Sarawak.

Melihat kejayaan Sarawak itu pastinya pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Nik Aziz Nik Mat cemburu dengan kejayaan yang dilakar Pehin Sri Taib. Jika dibandingkan dengan mereka ini, biarpun lama berkhidmat dan memegang jawatan dalam parti namun ia tidak memberikan apa-apa makna. Ini disebabkan mereka ini sering bertelagah sesama sendiri dalam berebut kuasa politik. Malah jika direnungkan kembali, apakah Taib Mahmud pernah menggertak ataupun memfitnah mereka ini seperti mana yang mereka lakukan sekarang ke atas Taib?

Biarpun isu NFC yang dikaitkan dengan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang dibicarakan di mahkamah namun Pakatan Pembangkang seperti kekeringan isu dengan memainkan kembali isu ini. Tindakan ini telah mencabar mahkamah dan seolah-olah Pakatan Pembangkang sudah menjatuhkan hukuman ke atas Shahrizat sedangkan ia masih dalam perbicaraan. Shahrizat yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai menteri dengan cemerlang sebelum ini mengakui dirinya seinci pun tidak pernah terlibat dalam syarikat NFC itu.


Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pernah beberapa kali bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada sebarang dakwaan dan dikaitkan dengan Altantuya, namun Pakatan Pembangkang tetap memainkan isu ini. Hanya dengan fitnah dan berbohong ini sahaja yang boleh menyakinkan rakyat tentang keterlibatan Najib dalam isu ini.
Jika Najib berani tampil ke hadapan untuk bersumpah laknat bahawa dirinya tidak mengetahui dan mengaitkannya dengan isu Altantuya, Anwar Ibrahim yang sebelum ini berdepan dengan dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari tidak berani bersumpah seperti mana yang didesak Saiful. Malah, Saiful yang sebelum ini berani bersumpah tegas pendiriannya bahawa dirinya telah diliwat. Bayangkan bagaimanapun sperma milik lelaki X (sepadan dengan DNA Anwar Ibrahim) boleh memasuki spekterum (dalam dubur) Saiful? Apakah ia masuk ke dalam spekterum itu dengan sendiri?


Terbaru, Pakatan Pembangkang telah mengalihkan isu ke atas Naib Presiden UMNO, Shafiee Afdal kononnya telah membiayai seorang artis dengan jumlah RM1.4 juta bagi tempoh lebih kurang 4 tahun. Fitnah terbaru rekaan Zuraidah itu telah ditangkis empunya badan apabila kenyataannya berhubung tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, artis tersebut tidak teragak-agak menyaman Zuraida sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataan yang disiaftkannya sebagai fitnah dan menipu.

Mainan persepsi Pakatan Pembangkang kini tidak lagi menuju kepada peribadi pemimpin BN sahaja malah melibatkan artis. Mereka menganggap pemimpin BN tidak bermoral? Soalan yang harus ditanya juga kepada pemimpin Pakatan Pembangkang, bermoralkah mereka??? Kisah Mat Sabu dengan bilik hotel bernombor 121 masih ingat di fikiran rakyat yang mana kes itu sehingga kini senyap sahaja seolah-olah sengaja ditutup. Jika Mat Sabu lupa, pastinya rakyat sedia mengingatkan kembali kejadian itu supaya dirinya bermuhasah diri.

Terbaru, isu PTPTN yang dijadikan modal untuk memerangkap pelajar-pelajar dan golongan belia agar mereka menentang dasar kerajaan membantu rakyat dalam melanjutkan pelajaran di IPT. Sejak dari tahun 1997 ketika mula PTPTN ditubuhkan telah berjaya menjimatkan perbelanjaan anak-anak di IPT termasuk kos sara diri dan yuran pengajian. Malah, kerajaan selama ini telah menanggung pembelajaran seorang pelajar sebanyak 94.5 peratus dalam setiap jurusan pengajian.

Ketidakseimbangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mahu pemansuhan PTPTN ini dikaji terlebih dahulu agar ianya tidak membebankan rakyat. Berbeza dengan Nik Aziz yang secara tegas mahukan PTPTN ini dimansuhkan kerana dikatakan haram. Apakah bantuan yang diberikan kerajaan BN itu haram biarpun ia diasaskan daripada sumber yang halal lagi sahih? Mungkin zaman Nik Aziz ketika itu tidak memerlukan bantuan pengajian atau PTPTN kerana Nik Aziz hanya belajar setakat sekolah menengah sahaja. Atas sebab itu beliau berkeras supaya PTPTN ini dimansuhkan!

Apa cara sekalipun, ceramah Mat Sabu pada malam itu dikatakan menghina kesucian agama Islam. Bayangkan bagaimana selepas Mat Sabu mengayang pemimpin Islam daripada BN dengan segala macam cercaan dan hinaan, Mat Sabu boleh berteriak Takbirrrr.........Allahuakbar!!!


Seperti biasa, selepaas ceramah ahli-ahli PAS akan membawa sebuah tabung kononnya bagi membiayai perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam. Selepas beberapa minit berceramah dan mengutuk pemimpin sesama Islam, rakyat yang hadir dipohon memberi sedekah. Ini boleh digambarkan setelah menyampaikan fitnah kepada rakyat, balasannya pastinya wang ringgit. Inilah yang kerap kali dilakukan PAS setiap kali ceramahnya.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger