FAKTA SEBENAR ANWAR IBRAHIM YANG MELULUSKAN PENUBUHAN PTPTN



Jika benar Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mahu memansuhkan PTPTN seperti yang didakwa dalam setiap ceramahnya dan menjadi agenda utamanya dalam menarik sokongan belia yang mempunyai pinjaman ke atas PTPTN maka mereka perlu memansuhkan terlebih dulu PTPTN di UNISEL, KUIS dan Kolej Insaniah. Apakah Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mahu melaksanakannya?

Hakikatnya ini semua sandiwara Anwar Ibrahim di mana ramai tidak mengetahui sejarah PTPTN di Malaysia.

Jika anak-anak Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Pembangkang mampu membiayai perbelanjaan anak beranak mereka belajar di IPT walaupun tanpa menggunakan PTPTN, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang hidup sederhana dan dalam masa yang sama menanggung kos pengajian anak mereka di IPT? Jika tidak kerana PTPTN, maka ramai rakyat tidak berpeluang belajar di IPT biarpun mempunyai kelayakan dari segi akademik.


Berbalik kepada sejarah PTPTN, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

Oleh yang demikian beliau sememangnya berhasrat untuk menutup balik PTPTN seperti yang pernah diasaskan beliau sebelum ini.

Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

Selain memangku jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.

Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa saja keputusan termasuklah menubuhkan PTPTN. Namun, Anwar Ibrahim berpendapat PTPTN yang diluluskannya sebelum ini adalah kejam, zalim dan membebankan, dan beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu dan bukannya pada masa sekarang yang mana ramai rakyat masih memerlukan. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 12, 2012 at 11:34 AM

biasa lah dia bukan sedar apa yang dia buat dulu,sekarang tak ada apa baru nampak salah orang lain dia kata orang buat.politik mcam budak budak.

May 6, 2012 at 8:52 PM

dia buat, dia juga nak tutup? biasalah mabuk politik nie

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger