DAP SUDAH ADA BAYANGAN KABINET PAKATAN PEMBANGKANG


Biarpun belum lagi PRU-13, DAP sudah ada bayangan Kabinet Malaysia sekiranya mereka menang dan menjejak kaki ke Putrajaya.

Perkara ini telah dibocorkan sendiri oleh ahli DAP yang baru sahaja selesai berbincang mengenai perancangan mereka sekiranya menang dalam PRU-13 nanti. Perancangan ini penting memandangkan dalam agihan kerusi nanti, DAP pastinya akan mendapat agihan kerusi yang minoriti berbanding PAS dan PKR.

Jika DAP menang manakala PKR dan PAS kalah atau memenangi dengan jumlah yang kecil pastinya DAP masih juga tidak mendapat tempat. Daripada tidak mendapat sebarang apa-apa alangkah baiknya membuat keputusan sendiri dahulu.

Biarpun dalam senarai, nama Anwar Ibrahim disebut-sebut menjadi Perdana Menteri sebagai menghargai jasanya yang banyak membantu menentang BN selepas dibebaskan dari penjara namun menteri-menteri kabinet Pakatan Pembangkang kebanyakannya diisi pemimpin DAP.

Renung-renungkanlah rakyat Malaysia sekiranya DAP memerintah. Pastinya Malaysia akan menjadi Singapura dengan rakyat pribuminya tertindas di bumi sendiri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger