DAP PERGUNAKAN KAUM DAYAK BAGI PERHIMPUNAN BERSIH 3.0




Setelah kegagalan BERSIH 2.0 yang diadakan pada Julai 2011, Pakatan Pembangkang sekali lagi mengadakan perhimpunan haram BERSIH 3.0 di seluruh Malaysia. Kali ini mereka mengambil ketetapan untuk mengadakan perhimpunan haram BERSIH 3.0 di beberapa negeri termasuk Sarawak.

Pakatan Pembangkang di Sarawak yang diketuai DAP telah mengatur strategi untuk mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0 di Bahagian Kuching, Sibu dan Miri. Biarpun promosi perhimpunan haram BERSIH 3.0 sudah diadakan namun sehingga kini polis masih belum menerima sebarang permohonan permit.

Dalam melaksanakan penguatkuasaan perhimpunan haram BERSIH 3.0 di seluruh negara, Akta Perhimpunan 2011 akan dikuatkuasakan dengan memberikan kuasa sepenuhnya kepada polis. Ini bagi memerangi perhimpunan haram yang pastinya akan menganggu ketenteraman awam.

Promosi Pakatan Pembangkang dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 di Sarawak akan diadakan di Kompleks Pelancongan Sarawak dan Tebingan Kuching bermula jam 2 petang pada 28 April ini. Promosi ini telah diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bersih Sarawak, Awang Abdillah Awang Nahar yang juga Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen.

Melihat kepada objektif BERSIH 3.0, Pakatan Pembangkang mengesyorkan kerajaan memperbaharui sistem politik Malaysia. Yang pasti, keputusan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya telahpun dipersetujui di Dewan Rakyat dan juga dianggotai beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang. Justeru, penganjuran BERSIH 3.0 itu hanyalah bersifat politik dan menganggu ketenteraman awam.

Kesempatan menggunakan premis Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) di Kota Sentosa semasa sidang akhbar BERSIH 3.0 ini adalah cubaan untuk mempergunakan nama Dayak dalam permainan kotor DAP dan Pakatan Pembangkang. Ini sekaligus mencemar nama baik Dayak di Sarawak.

Nampaknya strategi DAP untuk mempergunakan kaum dayak dalam permainan politik kotor Pakatan Pembangkang telah berjaya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 5, 2012 at 1:42 PM

Ckup lah org di semenanjung di perbodohkan. Bersih adlh self interest anwar. Jgn menyesal bila anwar kuasai swak nanti,dah terlambat. Apa yg terjadi pd rakyat selangor dan p.pinang ckup memberi pengajaran.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger