DAP BAZIRKAN DUIT RAKYAT PULAU PINANG



Apakah kebaikan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang kepada Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sehingga sanggup membazirkan wang rakyat yang bernilai RM3.2 juta hanya untuk membayar wang perundingan kepada sebuah syarikat bagi projek tersebut? Bagi DAP dan Kerajaan Pulau Pinang menganggap nilai RM3.2 juta itu tidak banyak, tetapi bagi rakyat Pulau Pinang jumlah itu sangat banyak dan boleh membangunkan negeri bagi beberapa projek pembangunan yang berfaedah kepada rakyat.

Biarpun bayaran itu belum diluluskan namun kesediaan Kerajaan Pulau Pinang meneruskan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam membuktikan projek itu akan diluluskan.

Tindakan Kerajaan DAP itu perlu mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk rakyat Pulau Pinang sendiri sebelum projek itu diluluskan dan melantk juru perunding.

Ini ekoran kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow yang telah mempamerkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang di tempat awam mulai Isnin lalu sehingga 28 April ini bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai. Tindakan ternyata salah dan membuatkan rakyat Pulau Pinang terasa terpinggir daripada sebarang keputusan yang melibatkan pembangunan negeri. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger