BUKTI SUDAH DIJELASKAN AZMIN ALI ENGGAN JAWAB



Azmin Ali mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak terlibat dan mempunyai sebarang pemilikan saham dan meminta mana-mana pihak yang ‘tidak bertanggungjawab’ untuk mendedahkan bukti bahawa dirinya itu mempunyai saham.

Atas desakan Azmin Ali itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menganggap Timbalan Presiden PKR itu seorang yang mudah lupa. Di atas kelupaannya itu, sebagai orang yang tidak bertanggungjawab, Anuar Shaari mendedahkan segala bukti yang mengaitkan Azmin Ali dengan pemilikan saham serta kaitannya dengan Shamsidar.

Menurut Anuar Shaari, Azmin Ali kini boleh digelar sebagai jutawan kerana berdasarkan bukti yang ditunjukkan Anuar Shaari, jelas Azmin Ali dan Shamsidar memiliki saham yang bernilai jutaan ringgit.

Dalam bukti terbaru bagi mengingatkan kembali Azmin Ali, menunjukkan kesahihan bukti-bukti transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dan pemilikan akuan berjumlah RM8 juta atas nama Azmin Ali, Shamsidar dan kroni mereka.

Bukti-bukti merangkumi 3 keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamsidar yang menggunakan alamat No 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur semasa melabur dalam 3 syarikat sekitar tahun 1992 hingga 1998.

Manakala Shamsidar menerusi syarikat Multi Purpose Holding Berhad (MPHB) telah mendapat keuntungan sebanyak RM21,731 selepas membeli 10,000 lot saham dengan harga RM2.17 sen untuk satu lot.

Pelaburan saham di syarikat FEHS, Shamsidar mendapat keuntungan sebanyak RM280,000 selepas membeli 100,000 lot saham bernilai RM2.80 sen satu lot.

Demikian juga dengan hasil pembelian saham di Kemayan Oil Palm Berhad, Shamsidar memasukkan keuntungan sebanyak RM250,003 ke akaunnya.

Persoalan di sini, di manakah Azmin Ali dan Shamsidar Taharin memperoleh sejumlah wang yang besar untuk melabur? Ini disebabkan sebelum tahun itu (pembelian saham), Azmin Ali yang bertugas sebagai pegawai kerajaan hanya mendapat gaji sekitar RM3,000 (tahun 1992-1998) boleh membeli saham yang nilainya jutaan ringgit?

Apakah pembelian saham Azmin Ali dan Shamsidar ini mempunyai hubung kait dengan Anwar Ibrahim yang mana ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger