ARTIS DAYANGKU INTAN SERTAI PKR DAN AISHAH SERTAI PAS



Golongan artis kini telahpun transformasi apabila turut sama melibatkan diri dalam hal-hal politik. Malah ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk menyertai politik secara aktif.

Dahulu, dunia artis dikejutkan dengan keputusan Bob Lokman menyertai PAS dan kini bergelar ulama artis PAS dan berceramah sepenuh masa.

Selepas itu, Aishah yang terkenal dengan lagu ‘Janji Manismu’ menjejak langkah Bob Lokman menyertai PAS. Sebaik sahaja menyertai PAS, Aishah telah diarahkan untuk berceramah bagi menguatkan lagi muslimah PAS yang kini nampak goyah semenjak penglibatan pemimpin PAS dalam skandal panas.

Terbaru, Dayangku Intan mengambil keputusan menyertai PKR untuk bersama dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Dalam penyertaannya ke dalam PKR, Dayangku Intan menjelaskan keputusan itu dibuat atas sebab beliau percaya parti itu sangat ‘adil’.

Selepas ini Dayangku Intan akan menjadi artis tetap di bawah label PKR untuk menyanyi di setiap makan malam yang melibatkan PKR. Ini sebagai usaha menarik lebih ramai lagi peminat-peminat Dayangku Intan untuk menyertai PKR.

Adalah tidak mustahil selepas ini akan ramai lagi artis akan menyertai politik cumanya tidak tahu arah mana. Jika selama menjadi artis rezeki kurang dan kontrak tidak diperbaharui maka adalah tidak mustahil mereka akan menyertai PAS atau PKR kerana nasib mereka akan dijaga dengan pemberian kontrak rakaman di bawah label PAS dan PKR.

Sememangnya mereka yang menyertai PAS dan PKR itu akan beroleh keuntungan berlipat ganda menjelang pilihan raya jika menandatangani artis d bawah label PAS dan PKR. Namun, selepas pilihan raya nescaya mereka akan mula melihat ke hadapan bagaimana nasib mereka selepas ini. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

m pasir
April 10, 2012 at 6:14 PM

ada peminat ke makcik kertu ni?

Anonymous
April 12, 2012 at 11:16 AM

artis dah tak laku lagi ni...sebab tu lah menyetai Pas / PKR... akan ada 'Ketulahan' mereka yg mengutuk kerajaan... kerana kerajaan pernah mempopularkan mereka ini melalui siaran TV1, TV2 & TV3...

April 13, 2012 at 11:43 AM

KPKK sila 'gum' lagu-lagu dan video clip kedua-dua artist ini di RTM.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger