TAHNIAH! S. AMBIGA DIANGKAT JADI NAIB PRESIDEN PAS


PAS kini berdepan satu lagi isu apabila bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendedahkan S. Ambiga akan dibawa masuk ke dalam PAS dan diangkat menjadi Naib Presiden PAS.

Keperluan S. Ambiga menyertai PAS adalah perlu memandangkan PAS kini tidak lagi seperti dulu dan telah banyak berubah. Keputusan PAS membuka ruang dan peluang kepada mereka yang bukan Melayu dan Islam ke dalam PAS membolehkan S. Ambiga menyertai PAS tanpa sebarang masalah.

Ini bersandarkan kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri secara terbuka mengakui parti tersebut sedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin tertinggi.

Kesediaan PAS menerima S. Ambiga sememangnya tidak diragui kerana umum mengetahui beliau sangat rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta kumpulan 'Anwarinas' yang kini menguasai lebih 70 peratus parti PAS.

Apapun, kita dengar penjelasan Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali berhubung kemasukan S. Ambiga ke dalam PAS yang bakal mengisi jawatan naib presiden melalui lantikan atau pemilihan.

Tahniah S. Ambiga di atas perlantikan itu nanti. Apakah nama Islam bagi S. Ambiga? 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger