SAH DAN TERBUKTI: SURAT ANWAR KEPADA AS DIDEDAHKAN


Seperti kenyataan bekas pemimpin PKR, Anuar Shaari semalam yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya telah meminta pertolongan dan bantuan Amerika Syarikat (AS) bagi membantunya mendapatlkan kuasa politik di Malaysia pada PRU 2008.

Mengikut dakwaan Anuari Shaari, Anwar Ibrahim telah mengirim 2 pucuk surat kepada sebuah agensi perisikan antarabangsa milik AS pada tahun 2007 dengan meminta agensi itu campur tangan dan memberikan tekanan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat yang bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu yang menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani Anwar Ibrahim dan ditujukan kepada Carl Gershman, National Endowment for Democracy (NED), bagi tujuan mencampuri urusan SPR.

Cubaan mencampuri urusan SPR dengan meminta NED menghantar pemerhati antarabangsa ke Malaysia semasa PRU 2008.

Menerusi kandungan surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Carl Gershman kerana menjemputnya berucap di The Westminster Address di Library of Congress sempena sambutan 25 tahun pentadbiran bekas Presiden AS, Ronald Reagon.

AIA membawa singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Anwar Ibrahim yang berpangkalan di Virginia, AS. Syarikat AIA itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia.


Manakala, surat kedua Anwar Ibrahim kepada NED adalah bertujuan memainkan peranan memperbetulkan SPR yang didakwanya sebagai tidak adil dan memihak kepada kerajaan BN.

Greshman diketahui merupakan seorang berbangsa Yahudi dan ahli neokonservatif di AS.

Tidak cukup dengan 2 pucuk surat kepada NED, Anwar Ibrahim juga mengirim surat kepada spekulator mata wang yang pernah menjahanamkan mata wang Ringgit Malaysia pada tahun 1997, iaitu George Soros.

Tujuan surat itu ditujukan kepada George Soros adalah untuk mengadakan kerjasama antara AIA dengan organisasi milik Soros, iaitu Pengurusan Dana Soros yang berpangkalan di New York.

Anwar Ibrahim menulis surat itu atas kapasitinya sebagai Presiden Kehormat AccountAbility bagi meminta Soros bertemu dengan Ketua Eksekutif AccountAbility, Simon Zadek bagi menjalinkan kerjasama.

AccountAbility merupakan sebuah organisasi yang dinaungi Yahudi dan pro-Israel dengan berpangkalan di London serta dinaungi oleh bekas Naib Presiden AS, Al-Gore.

Secara asasnya, surat-surat tersebut sememangnya ditulis dan ditandatangani Anwar Ibrahim dalam usahanya meminta bantuan kepada NGO’s Yahudi demi kepentingan politiknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 8, 2012 at 11:09 AM

puak pas akan menafikannya dan mengatakan anwar tak tulis surat tu...

yg salah ialah mesin pencetak dan komputer...

pejuang hamas...

Anonymous
August 6, 2013 at 10:48 PM

aku bangga jadi anak sarawak coz satu satu nya negeri yg bebas dari UMNO...mun sik jadi janek kita pok...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger