RASA BIMBANG KALAH PRU-13 DORONG PAS BERBOHONG


Biarpun telah memecat Dr Hassan Ali daripada PAS, ternyata sesi ceramahnya dengan menggunakan JATI menjadi duri dalam daging buat PAS menjelang PRU-13 akan datang.

Dr Hassan Ali kini giat melaksanakan ceramahnya di seluruh negara dengan menjadikan PAS sebagai modal untuk menolak Pakatan Pembangkang menjelang PRU-13. Kepincangan demi kepincangan didedahkan Dr Hassan Ali berkaitan PAS dan hubungannya dengan DAP dan PKR.

Disebabkan takut dengan ceramah Dr Hassan Ali, Mustafa Ali yang merupakan Setiausaha Agung PAS sanggup melontarkan pelbagai fitnah kononnya ceramah Dr Hassan Ali ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM30 juta.

Biarpun Dr Hassan Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa Ali atas fitnah yang melampau namun demi menjaga imej PAS yang semakin hancur itu sanggup berbohong tanpa rasa takut.

Biarpun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dr Hassan Ali atas dakwaan Mustafa Ali itu, namun PAS tetap dengan keputusan untuk tidak menarik balik kenyataan itu sebaliknya mencabar Dr Hassan Ali di mahkamah. Inilah dia ahli politik yang sanggup berbohong dan menabur fitnah biarpun sedar perlakuannya itu akan menyebabkan kehancuran PAS dalam masa terdekat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger