PROJEK DIDAHULUKAN RAKYAT DIPINGGIRKAN


Setelah sekian lama krisis dalaman PAS Kedah berlangsung, akhirnya terdedah segala sebab intipati punca kepada pergolakan yang berlaku dalam PAS Kedah. Inilah kejutan untuk rakyat terhadap masalah dalaman PAS Kedah yang kini memasuki klimiks hangat.

Hanya disebabkan projek jalan raya negeri yang bernilai RM60 juta menyebabkan kumpulan yang dianggotai dua bekas Exco negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang menolak perlantikan semula untuk menganggotai kerajaan Kedah biarpun didesak PAS Pusat untuk menerimanya.

Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak menegaskan beliau menyerahkan keputusan kedua-dua bekas Exco Kedah itu kepada PAS Pusat untuk tindakan seterusnya.

Datuk Phahrolrazi Zawawi dikatakan membantah tindakan Azizan mahu menganugerahkan projek itu kepada sebuah syarikat sehingga mengakibatkan beliau enggan dilantik semula ke jawatan itu.

Tindakan telus Azizan yang menggunakan kaedah tender terbuka menyebabkan rakan kongsi dan kenalan Datuk Phahrolrazi Zawawi terpaksa gigit jari. Melihat kepada jumlah kos projek yang bernilai RM60 juta adalah wajar projek itu menggunakan tender terbuka supaya sesiapa saja yang mampu dan layak boleh memohon projek itu.

Difahamkan ramai rakan kongsi dan kenalan Datuk Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini mahu memperoleh projek itu terpaksa menerima hakikat bahawa projek itu bukan rezeki mereka. Akibatnya, mereka mendesak Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk mengundur diri daripada barisan Exco Kedah.

Keengganan Azizan untuk menyerahkan projek itu kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi dan kumpulannya mengakibatkan berlaku konflik yang selama ini menjadi misteri kepada rakyat Kedah.

Ternyata PAS hanya mementingkan projek dan wang berbanding nasib rakyat yang sebelum ini memilih PAS sebagai wakil untuk menjaga kebajikan mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger