PKR DAN PAS TIDAK SEHALUAN DI TERENGGANU


PAS Terengganu menerusi Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi menemplak rakan separtinya PKR apabila menyatakan hasratnya untuk bertanding di 11 kerusi DUN dan 3 Parlimen di Terengganu sambil meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan PAS yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini.

Hasrat PKR untuk bertanding banyak kerusi di Terengganu ditemplak PAS kerana ianya seperti menghadiahkan kemenangan kepada BN. Ini kerana reputasi PKR yang kini jatuh merudum ekoran maruah Anwar Ibrahim telah tercemar ekoran hubungannya dengan AS dan skandal video seks yang masih belum selesai.

Malah, tegas PAS lagi, parti itu  perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu. Tambahan pula, Terengganu pernah ditadbir PAS suatu ketika dahulu semasa PRU-9 dahulu.

Azman Shapawi juga tidak menafikan PKR mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’ dengan mengemukakan ramai calon yang bertanding di Terengganu atas tiket PKR.

PAS Terengganu sebelum ini menegaskan mereka akan mempertaruhkan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Justeru, PAS mengharapkan agar PKR bersikap realistik dengan keadaan di Terengganu.

Terengganu tidak seperti Selangor yang kini diperintah PKR. Begitupun, Azman tidak menafikan bawah pemerintahan PKR di Selangor mengalami masalah.

Jika PKR mahu bertanding di Terengganu, mereka seharusnya menyatakan hasratnya kepada PAS terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman dan bukannya terus melalui media.

Tindakan PKR itu telah mendatangkan kemudaratan kepada PAS dan secara langsung kepada Pakatan Pembangkang dalam usaha menawan Terengganu daripada BN. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger