PAKATAN PEMBANGKANG FITNAH PBB MERADONG



Sebelum ini PBB N.40 Meradong bergerak ke depan bagi membincangkan tentang masa depan status tanah dibeberapa kawasan Kampung Muhibah Bintangor supaya tidak dirobohkan. Bagaimanapun, tindakan PBB itu telah dimanipulasi pihak tertentu kononnya kekerapan PBB pergi ke Jabatan Tanah dan Survey (JTS) Sarikei adalah bertujuan untuk merobohkan rumah yang dibina di atas tanah tersebut.

Ini jelas suatu provokasi bagi mengelirukan penduduk Kampung Muhibah bahawa kerajaan BN dan PBB tidak prihatin dengan keperluan rakyat.

Memandangkan kini hampir tiba PRU-13, maka ramai pihak khususnya PKR dan DAP mengambil kesempatan untuk menabur fitnah dan sekaligus mempengaruhi minda rakyat. Sentimen ini kian memuncak apabila PKR dan DAP bertelagah kerana mahu bertanding di kawasan tersebut. DUN N.40 Meradong terletak dalam Parlimen Sarikei yang menjadi perebutan kedua-dua parti itu.

Parlimen Sarikei berpotensi besar dimenangi Pakatan Pembangkang kerana majoriti pengundinya Cina. Atas sebab itu, kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang berebut-rebut untuk bertanding di kawasan itu. Bagaimanapun, pastinya BN tidak akan memandang mudah ke atas cita-cita Pakatan Pembangkang itu. Sebelum ini, Parlimen Sarikei di sandang pemimpin BN-SUPP.

Pemuda PBB yang mewakili PBB N.40 Meradong menegaskan pihaknya tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa memperjuangkan hak penduduk Kampung Muhibah.

“Selama ini kami bersama ADUN Semop, Abdullah Saidol turun naik ke Pejabat JTS untuk membincangkan status beberapa rumah di kawasan berkenaan agar tidak dirobohkan. Bagaimanapun, ianya berlaku sebaliknya apabila didakwa cuba merobohkan rumah di kawasan tersebut.

Difahamkan masalah ini telahpun selesai pada tahun lepas selepas perbincangan YB Abdullah Saidol dengan JTS. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger