MANSUH TOL BUAT KERAJAAN SELANGOR TIDAK TENTU ARAH


Pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan bayaran tol sebanyak RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang yang menghala ke Kuala Lumpur dan RM0.90 di Batu 11 menghala ke Kajang mulai tengah malam tadi sangat mengembirakan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri, atas keprihatinan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan bayaran tol bagi mengurangkan beban rakyat.

Pemansuhan itu merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali Lebuh Raya Grand Saga.

Ini menjadikan sebanyak 50 peratus lagi adalah subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan yang dilihat semakin meningkat.

Bagi kerajaan Selangor tindakan mengurangkan tol ini telah menyebabkan Pakatan Pembangkang terpaksa memikirkan strategi baru. Sebelum ini, janji-janji Pakatan Pembangkang semasa PRU-12 lalu sekiranya menakluk Selangor tidak lagi ditunaikan meskipun kini hamper menamatkan pemerintahan.

Janji mahu memansuhkan bayaran tol di beberapa kawasan di Selangor tidak ditunaikan sebaliknya sibuk dengan berkempen politik bagi mendapatkan sokongan untuk menawan Putrajaya.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang hanya gemar berpolitik daripada membantu rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger