BELI LORI SAMPAH TIDAK JUGA DAPAT SELESAIKAN ISU SAMPAH SELANGOR


Kerajaan Selangor sebelum ini dipalitkan dengan isu sampah bercadang membeli lori sampah bagi menyelesaikan sampah sarap di Selangor. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Thian Kiew. Bagaimanapun, cadangan membeli lori sampah yang diusahakan Kerajaan Selangor tidak memberikan makna dalam penyelesaian masalah sampah sarap yang menghantui rakyat Selangor.

Kerajaan Selangor dijangka menerima lori sampah secara berperingkat-peringkat dan bagi peringkat pertama penerimaan adalah selewat-lewatnya April ini sebanyak 50 buah lori sampah.

Isu sampah sarap di Selangor bukanlah berpunca daripada kekurangan lori sampah sebaliknya berpunca daripada sikap Kerajaan Selangor yang telah menamatkan tender kontraktor yang selama ini mencari makan dengan memungut sampah sarap di Selangor dan seterusnya menjaga kebersihan Selangor.

Tindakan Kerajaan Selangor itu bukan sahaja menamatkan mata pencarian kontraktor tersebut yang kebanyakannya Bumiputera sebaliknya menjadikan Selangor lebih kotor daripada sebelumnya.

Kerajaan Selangor sebelum ini menamatkan kontraktor yang sedia ada dengan menggantikan kontraktor lain yang dipercayai mempunyai kepentingan politik kepada pemimpin politik Pakatan Pembangkang.

Setiap kali mendengar berita di akhbar mahupun di televisyen dan media sosial berkaitan Selangor, isu sampah menjadi tajuk utama. Malah rakyat Selangor yang selama ini lama menahan sabar akhirnya bersuara kerana tidak tahan lagi terseksa mencium bau busuk. Alasannya, bau busuk itu datangnya dari sampah sarap yang tidak dikutip selama beberapa minggu dan ada yang mencapai berbulan-bulan.

Bagaimanapun, sehingga kini isu sampah masih belum selesai bahkan lebih parah lagi apabila Kerajaan Selangor membeli lori sampah yang dijangka tidak akan menyelesaikan masalah sampah sarap. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 19, 2012 at 7:53 PM

Tu...lah dulu sokong Parti Kesampah Rakyat sekarang pokoh sudah berbuah tentulah banyak hasil sampah diterima. Tiada lori sampah..senang ja pinjam lori sykt.korek pasir YB Selangor tu..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger