RAKYAT JOHOR HALAU ANWAR IBRAHIM


Berikutan keengganan Anwar Ibrahim memohon maaf dan sebaliknya bertegas dengan pendiriannya berhubung kenyataannya dalam Wall Street Journal, kira-kira 200 orang rakyat Johor yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Anwar Ibrahim ke Endau, Johor pada esok hari.

Kumpulan yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Perkasa Mersing dan Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Youzaimi Yusuf yang mewakili rakyat Johor di Endau, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum.

Penolakan kehadiran Anwar Ibrahim di Johor menunjukkan rakyat Johor tidak mahu pengkhianat agama dan tanah air itu berada di bumi Johor seperti mana penolakan mereka ke atas Mat Sabu dan Lim Guan Eng sebelum ini. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 18, 2012 at 2:15 PM

Kalau satu malaysia halau anuar ni agaknya mana tempat dia nak lari...?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger