RAKYAT INDONESIA JUGA KECAM ANWAR IBRAHIM


Bukan rakyat Malaysia sahaja yang mengutuk keras tindakan Anwar Ibrahim yang menyokong dan menjaga keselamatan Israel, rakyat Indonesia juga mengecam keras perbuatan Anwar Ibrahim itu yang dianggap sebagai menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto dalam kenyataannya di akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia menganggap Penasihat PKR itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau.

Di sebalik sokongan Anwar Ibrahim itu, kepimpinan tertinggi Malaysia dan beberapa lagi negara Islam termasuk Indonesia berpegang erat dengan mengutuk segala usaha Israel ke atas Palestin dan mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel meskipun mendapat sokongan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat termasuk Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar Ibrahim itu hanya bersifat politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan AS serta negara-negara Barat terhadap perjuangan Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Di sebalik tindakan Anwar Ibrahim itu, isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut dan merugikan Palestin yang kini berusaha untuk membentuk sebuah negara merdeka dan melepaskan diri dari dibelenggu rejim Zionis.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 7, 2012 at 10:23 AM

politik al juburi adalah memfitnah, menafi dan menangguh. hobi dia ialah menutuh dan meliwat. sokong pkr jangan tak sokong kerana kita akan hidup hepi didunia

Anonymous
February 8, 2012 at 9:46 AM

rata-rata sebahagian besar orang-orang politik akan mencari keuntungan untuk dirinya dan tidak hairan mereka ini sanggup melakukan apa sahaja meskipun menggadai maruah.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger