PKR PERLIS KECAM UMNO DAN BN SERANG ANWAR IBRAHIM


Ketika rakyat bercerita tentang keaiban Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya menyokong Israel, PKR Perlis menegaskan semuanya itu adalah tohmahan UMNO dan BN.

“Ini semua dakwaan UMNO dan BN untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim yang kini teruk dihentam ekoran kenyataannya menyokong Israel di Wall Street Journal.

Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman menegaskan dakwaan Anwar Ibrahim menyokong kewujudan negara Israel telah menyerlahkan kedangkalan BN dan UMNO yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan Pembangkang.

Mengikut pengalaman Muhammad Faisol sepanjang menerajui ABIM suatu ketika dahulu dan PKR Perlis, Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang memperjuangkan al-Quran dan Sunnah. Anwar Ibrahim juga tidak pernah berkompromi dengan ejen Amerika Syarikat sehinggalah dipenjarakan atas pertuduhan yang tiada kaitan dengan fitnah seks.

Justeru, tindak-tanduk UMNO dan BN yang kini giat menghentam Anwar Ibrahim adalah bertujuan untuk menjatuhkan Pakatan Pembangkang yang kini telah hilang populariti. Bagi kebanyakan penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang situasi terbaru itu sangat tidak selesa dan memberikan ruang dan peluang kepada UMNO dan BN mengambil peluang.
Share this article :
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger