PKR DAKWA TINDAKAN NIK AZIZ ITU MENGHANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG


Biarpun kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal yang menyokong Israel dan menidakkan sumbangan negara-negara Islam ke atas Palestin telah berlalu selama lebih 2 minggu, namun baru sekarang PAS mengeluarkan kenyataan membidas Anwar Ibrahim menerusi Murysidul Am PAS.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, kompenan Pakatan Pembangkang seperti PAS, PKR mahupun DAP langsung tiada membawa perkara ini dalam perbincangan. Tuduhan PKR terhadap PAS yang mendakwa tindakan Nik Aziz tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat Pakatan Pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat adalah sangat tidak berasas. Kenapa perlu PAS mengadakan perbincangan sedangkan yang mencetuskan kekecohan ini datangnya daripada Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR?

Sama ada dakwaan bahawa tindakan Nik Aziz itu akan menghancurkan Pakatan Pembangkang sama sekali ada asasnya kerana Pakatan Pembangkang kini sedang mengalami perpecahan biarpun seringkali dinafikan kompenan Pakatan Pembangkang.

Dalam pada itu, sumber dalaman PKR menggambarkan PAS kini telah tertekan kerana sudah dianggap tergelincir dalam memperjuangkan Islam. Atas sebab itu, demi mengembalikan maruahnya yang sudah tercabar, PAS membuat keputusan memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang yang mewakli PAS secara langsung.

Berbeza dengan penyokong PAS yang melihat kata dua Nik Aziz itu kepada Anwar Ibrahim adalah tepat kerana selama ini Ketua Umum PKR itu telah banyak menimbulkan masalah terhadap Pakatan Pembangkang.

Dalam kesibukan Anwar Ibrahim menceritakan kejayaannya dalam membebaskan diri daripada dakwaan meliwat di luar negara dan akhbar antarabangsa, Allah s.w.t telah memberikan balasan yang secukupnya terhadap hambanya yang telah mengingkari perintah dan melanggari hukum-hukum agama.

Di dalam kekusyukkan Anwar Ibrahim memfitnah pemimpin kerajaan yang tidak bersalah, Allah s.w.t telah mendedahkan siapa sebenar Anwar Ibrahim yang selama ini mengamalkan ajaran songsang demi kelangsungan politiknya.

Tahniah ke atas penyokong dan ahli PAS yang telah sedar akan kebenaran yang telah ditunjukkan Allah s.w.t kepada mereka yang selama itu telah dinodai dengan kepentingan politik dan dikaburi dengan kuasa politik untuk menawan Putrajaya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger