PENYOKONG PKR SELAR KATA DUA NIK AZIZ


Berikutan ketegasan Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, penyokong dan beberapa pemimpin tertinggi PKR menyelar tindakan Nik Aziz yang meminta Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan secara terbuka atau menyaman akhbar Wall Street Journal jika benar beliau tidak mengeluarkan kenyataan menyokong Israel.

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah mengejutkan rakyat Malaysia dari tidur apabila akhbar Wall Street Journal mengeluarkan kenyataan pemimpin Ketua Pembangkang itu yang menyokong Israel dengan mengecam mana-mana negara yang mengancam keselamatan negara Yahudi itu.

Sebelum ini, PAS lebih menumpukan tentang pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali berbanding memikirkan tentang keceluparan rakannya dalam Pakatan Pembangkang. Setelah lebih 2 minggu pemimpin PAS mendiamkan diri dan setelah didesak pelbagai pihak akhirnya PAS menerusi Nik Aziz mengeluarkan kenyataan meminta Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya secara terbuka.

Dalam tempoh terdekat ini jika Anwar Ibrahim enggan atau gagal menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal, maka PAS tidak teragak-agak mengkaji balik hubungan bersama mereka dalam Pakatan Pembangkang termasuk dengan DAP.

Beberapa kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini termasuk mengenai isu menghapuskan undang-undang liwat dan hubungan sejenis dan terkini mengecam mana-mana negara Islam yang mengancam keselamatan Israel termasuk Malaysia disifatkan telah menjejaskan hubungan dalam Pakatan Pembangkang.

PAS dalam soal Islam sesekali tidak akan berkrompomi termasuk soal keselamatan rakyat Palestin yang sememangnya saban hari menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman rejim Zionis Yahudi.

Dakwaan tindakan Nik Aziz itu boleh menjejaskan hubungan PAS dalam Pakatan Pembangkang sememangnya tidak betul. Ini kerana PAS bertindak sedemikian atas sebab tidak mahu diperkudakan PKR dan DAP yang ditunjangi Anwar Ibrahim. Sebaliknya, tindak-tanduk Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir itu benar-benar menguji keislaman PAS dalam menegakkan Islam.

Jadi di sini, PAS perlu memikirkan kembali hubungannya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang yang kian hari menjurus kepada kemungkaran. Biarpun dikuasai kumpulan profesional atau Anwarisme, kumpulan ulama pastinya tidak akan membiarkan PAS terus ditelanjangi PKR dan DAP.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger