PENYOKONG PAS UMUM KELUAR PARTI DI HADAPAN PEMIMPIN PAS


Tidak pernah terjadi di kalangan pemimpin mahupun penyokong PAS menyaksikan keluarnya ahli-ahli parti di hadapan pemimpin sendiri. Walaupun tidak pernah terjadi, itulah yang telah terjadi ke atas 76 ahli dan penyokong tegar PAS di Kampung Wakaf mengumumkan keluar parti di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Limbongan, Zainuddin Awang Hamat pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggung.

Kesemua 76 orang penyokong PAS itu telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden, Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff. Turut hadir pada majlis anjuran PIBG sekolah tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ruhjan Salleh dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Menurut wakil kumpulan, Ibrahim menjelaskan beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong Pas dan pengundi atas pagar untuk menyertai PPP. Dan, kami tidak segan atau malu untuk menyerahkan borang keahlian PPP yang sekali gus membawa erti kami mengisytihar keluar parti PAS walau pun ia disaksikan sendiri oleh pemimpin PAS.

Sambil menegaskan, kami menghormatinya selaku 'Yang Berhormat atau wakil rakyat' dan pada masa yang sama kami berpegang kepada hak kami selaku pengamal demokrasi yang berhak memilih parti politik yang disukai untuk disokong.

Kami faham parti politik bukan warisan pusaka atau sebahagian anutan agama kerana ia sekadar wadah untuk memilih teraju kepimpinan. Rakyat bebas untuk menyatakan pendirian mereka dan bebas memilih parti yang dianggap lebih cakna dan berupaya untuk membela kebajikan mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger