PEMUDA PAS BANTAH GUNA DAKWAT KEKAL


Hanya disebabkan pelbagai warna, Dewan Pemuda PAS tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk menggunakan dakwat kekal bagi pengundian awal dan pengundian biasa pada PRU-13 akan datang. Disebabkan pelbagai warna juga, Pemuda PAS menyifatkan penggunaannya boleh dimanipulasikan.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihan rayau mum nanti selain memastikan buku daftar pemilih pengundi diputihkan dan dibersihkan sepenuhnya.

Pengerusi SPR menjelaskan SPR telah membuat keputusan untuk membezakan warna dakwat kekal bagi undian biasa danundian awal bagi membantu kelancaran proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan untuk 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang manakala 10,000 botol dakwat kekal pula adalah untuk pengundi awal termasuk anggota tentera dan polis serta keluarga mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger