PEMBANGKANG KATA NAJIB MENYALAHI HUKUM SYARAK, ANWAR PULA MACAM MANA?


Bloggers pembangkang dan akhbar Harakah dan Suara Keadilan mengecam perbuatan Najib Razak yang bertandang menyambut Thaipusam di Batu Caves dengan mendakwa Perdana Menteri telah menyalahi hukum syarak.

Menurut pembangkang, perayaan Thaipusam merupakan perayaan keagamaan masyarakat India dan umat Islam adalah ditegah dan dilarang sama sekali mengikutinya. Sambil mendakwa Najib Razak sudah mengadai akidah akibat daripada mengikuti perayaan itu.

Tindakan pembangkang itu bertujuan untuk mencemarkan nama dan imej Najib Razak yang kini mengatasi imej Anwar Ibrahim yang jatuh mendadak akibat perbuatannya dalam menimbulkan isu-isu kontroversi selepas berjaya memenangi kes liwatnya awal tahun ini.

Di sebalik tanggapan pembangkang itu, mereka lupa bahawa lawatan Najib Razak ke perayaan Thaipusam itu adalah berdasarkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri adalah untuk semua rakyat dan adalah tidak salah sekiranya bersama-sama dengan kaum India dalam perkara berkaitan adat.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa lawatan Perdana Menteri itu tidak mepunyai sebarang niat untuk merayakannya atau reda dengan perbuatan agama lain. Namun, yang menjadi kesalahan dan melanggar akidah ialah merayakannya secara bersama.

Di sebalik tuduhan itu, Najib Razak memaklumkan kehadirannya ke majlis Thaipusam itu adalah untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dalam sebarang perarakan keagamaan juga tidak masuk ke dalam kuil atau dalam Batu Caves.

Dakwaan pembangkang yang menyifatkan pemakaian baju Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu sebagai menyalahi akidah adalah sangat kurang berpengetahuan dalam budaya masyarakat India. Ini kerana pakaian Kurta itu adalah budaya sahaja seperti mana orang Melayu dengan baju Melayu dan semestinya itu tidak menyalahi agama.

Tuduhan pembangkang itu ternyata telah mengguris perasaan kaum India yang juga sebahagian daripada rakyat Malaysia.


Jika ini yang terjadi kepada Najib Razak, bagaimana pula dengan tindakan Anwar Ibrahim dalam mengenakan pakaian masyarakat India? Apabila bos mereka Anwar Ibrahim datang ke majlis keagamaan India dan memakai pakaian masyarakat India dengan siap menari, tetapi pembangkang senyap sahaja? Kenapa perlu double standard terhadap Perdana Menteri?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger