PAS CUBA HAPUS CAUVINIS DAP


Menjelang PRU-13, PAS dan PKR akan membantu DAP meyakinkan orang Melayu di Perak khususnya dalam menarik sokongan orang Melayu ke atas DAP. Jika sebelum ini DAP telah kepingin untuk memerintah Perak apabila masalah dalaman DAP menyebabkan kekuasaan DAP terhapus dan berputih mata. Akibatnya, BN berjaya mempertahankan pemerintahan biarpun pelbagai langkah dan cara dilakukan DAP untuk menggagalkan pemerintahan BN.

PRU-13 akan menjelang lagi dan pastinya DAP tidak mahu berputih mata dan berusaha memenangi pilihan raya dengan apa cara sekalipun.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengakui peluang kemenangan pembangkang di Perak masih '50-50'. Justeru, DAP perlu bekerja keras dan meminta bantuan rakannya PAS dan PKR dalam Pakatan Pembangkang. Pada waktu ini, DAP dan Pakatan Pembangkang memegang 18 kerusi.

Berbekalkan perkiraan DAP, Pakatan Pembangkang memenangi lapan kerusi dengan undian majoriti kurang daripada 100 undi sementara UMNO pula mempunyai 10 kerusi dengan undian kurang 1,000 undi. Kita boleh mendapat kemenangan dua pertiga sekiranya 10 kerusi itu jatuh ke tangan kita.

Namun begitu, tidak mudah bagi Pakatan Pembangkang untuk mengekalkannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke sini setiap minggu. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek pula tiap-tiap hari dan sekarang, Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel juga akan turun dengan lebih kerap apabila dilantik sebagai Pengerusi MIC negeri.

Koo Ham juga mengakui penduduk di luar bandar di negeri ini masih merupakan pengundi tegar BN.  Begitupun, DAP akan membantu rakan pembangkangnya dengan memastikan pengundi Cina di luar bandar tidak takut dengan imej Pas yang dilihat sebagai ekstrem.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger