NAHUZUBILLAH! PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG SIFATKAN MAKSIAT ADALAH HAK ASASI


Islam melarang tegas perbuatan maksiat seperti membuka rumah urut, perbanyakan kelab-kelab malam dan mengembang biak rumah pelacuran. Perbuatan itu sangat bertentangan dengan agama Islam dan begitu juga dengan agama-agama lain di dunia. Bagaimanapun, demi kelangsungan polirik dan kuasa, kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR, DAP dan PAS menyifatkan segala perbuatan maksiat yang berlaku dan berkembang di Selangor adalah hak asasi manusia yang perlu dipertahankan.

Ini diakui sendiri Dr Hassan Ali sepanjang menjadi anggota Exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor. Sepanjang tempoh 3 tahun memegang jawatan itu, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam, tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend.

Berbeza dengan keadaannya dalam urusan pembangunan dengan beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

"Saya tidak boleh letakkan percentage pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman Exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Atas sebab prinsip, beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat, tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja.

Bercakap mengenai Putrajaya, Dr Hassan Ali menyifatkan selagi golongan parasit itu berada dalam PAS, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecil pun susah hendak dilaksanakan.

Hakikatnya, jika rakyat Selangor sekali lagi memilih Pakatan Pembangkang di Selangor dalam PRU-13 akan datang, nescaya rakyat Selangor menyokong dan menghalalkan perbuatan maksiat.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

February 28, 2012 at 3:14 PM

Salam tuan mohon pautkan link

sibuti-selamanya(dot)blogspot(dot)com

February 29, 2012 at 12:03 PM

yelah. apapun, terpulang kpd rakyat selangor yg mengundi di selangor. mcm aku, hanya mengharap jelah. aku mengundi di tempat selamat.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger