LIM GUAN ENG ENGGAN JAWAB ISU BAYAN MUTIARA


Biarpun didesak beberapa kali oleh rakyat Pulau Pinang dan beberapa NGO’s dalam isu tanah Bayan Mutiara sehingga kini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat enggan menjawab bahkan cuba mengelak daripada sebarang pertanyaan berhubung isu tanah itu.

Isu pembelian tanah di Bayan Mutiara timbul apabila terdapat keraguan munasabah dalam proses pengambilan sama ada secara rundingan atau tender terbuka.

Desakan berterusan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN, Datuk Dr Teng Hock dengan mendesak Lim Guan Eng perlu menajwab soalan itu dan bukannya hanya bermain sandiwara dengan memutarbelitkan fakta atau menghidupkan isu itu untuk mengelirukan orang ramai.

Sebelum ini, Lim Guan Eng berkeras dengan jawapannya bahawa jualan tanah itu adalah melalui tender terbuka. Bagaimanapun, pemaju yang berjaya membida tanah itu menyatakan sebaliknya dengan memaklumkan Bursa Malaysia bahawa tanah itu diperolehi melalui rundingan dan bukan melalui tender terbuka seperti yang didakwa kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terdapat kesangsian dalam kedua-dua jawapan yang diberikan Lim Guan Eng dan pemaju. Justeru, rakyat Pulau Pinang mendesak Lim Guan Eng perlu menjawab kepada soalan dengan pantas, supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar mengenai proses jualan tanah itu.

Persoalan lain, jika tanah itu dijual melalui tender terbuka, ia perlu mengikut prosedur ketat tender terbuka dan bukan meminta cadangan daripada pemaju terlebih dahulu. Ini menyebabkan terdapat percanggahan.

Bagaimanapun, jika kerajaan negeri mempunyai pegangan terhadap tanah itu, ia sudah pasti boleh menyediakan satu bentuk "sekatan dan imbangan" jika soal harga tanah persendirian dan hartanah naik.

Berasaskan kepada statusnya, tanah di Bayan Mutiara itu sepatutnya dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disebabkan ia milik rakyat Pulau Pinang.

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 28, 2012 at 11:46 AM

aku suka tengok gelagat penyokong pakatan(bangsa melayu)...

sanggup jadi pencacai...

pejuang hamas...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger