KENAPA PERLU BERBAI’AH JIKA MAHU MENJADI CALON PAS


Atas sebab tidak mahu dipanggil PAS Katak, pimpinan tertinggi PAS mengenakan setiap calonnya diwajibkan berbai’ah, iaitu satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.

Menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, bai’ah itu adalah bertujuan untuk menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, tetapi hakikatnya PAS tidak mahu calonnya yang menang dalam PRU-13 nanti ‘melompat’ ke BN. Ini bukan sahaja menggagalkan hasrat PAS mempertahankan Kelantan bahkan menidakkan Pakatan Pembangkang memerintah Malaysia.

Bagi menguatkan bai’ah PAS, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Persoalan di sini, apakah perlu seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa? Bagaimanakah jika ketua yang dibai’ah itu melakukan kesalahan seperti yang terjadi dalam Pakatan Pembangkang dan PKR atau dalam PAS sendiri.

Bai’ah bermakna kita ”swear loyalty” (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah... bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama.

"Tidak ada perlu bai’ah kepada sesiapa... pemimpin PAS bukan pun Nabi, jadi nak bai’ah buat apa?”

Ternyata PAS telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam. Seharusnya atau sewajibnya seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Dari sudut berlainan, pemimpin PAS cuba mahu mengongkong pemikiran para penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat-pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan bai’ah di dalam parti itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger