JOHN SOH CHEE WEN PUNCA CITA-CITA 16 SEPTEMBER 2008 ANWAR IBRAHIM TIDAK KESAMPAIAN


Ahli perniagaan John Soh Chee Wen, 50, menjadi punca kegagalan cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Ini diakui bekas rakan rapat Anwar Ibrahim yang juga pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Disebabkan keengganan ahli perniagaan itu menyumbangkan RM300 juta kepada Anwar Ibrahim telah memusnahkan impian Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan seterusnya memerintah Malaysia. Anwar Ibrahim sangat memerlukan wang RM300 juta itu sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat BN melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih ingat bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim kononnya Pakatan Pembangkang akan berjaya membentuk kerajaan dengan menyasarkan 30 ahli Parlimen BN akan melompot parti ke Pakatan Pembangkang. Namun, sehingga ke tarikh 16 September 2008, tiada sebarang kejadian mahupun tragedi peralihan kuasa.

Ini berikutan John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan jika beliau dapat apa yang dia hendak selepas menjadi Perdana Menteri?


Keengganan John Soh itu juga membolehkan Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan liwatnya buat kali kedua. Akibatnya, hubungan Anwar Ibrahim dan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

Menjelang PRN Sarawak Ke-10 April 2011, hubungan Anwar Ibrahim dan John Soh telah sampai ke penghujungnya. Terputusanya hubungan kedua-dua mereka menyebabkan PKR  telah kekurangan sumber kewangan dalam membiayai perjuangan politik Pakatan Pembangkang. Sebelum ini, John Soh telah membelanjakan wang sebanyak RM30 juta bagi membiayai politik Anwar Ibrahim dan PKR sejak tahun 1998.

Di sebalik kekurangan dana yang dihadapi PKR, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh. Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger