IBU PEJABAT PKR KEDUTAAN TIDAK RASMI ISRAEL, ANWAR IBRAHIM DUTA TIDAK RASMI ISRAEL DI MALAYSIA


Keengganan Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara Israel itu membuktikan kepada dunia bahawa Ketua Umum PKR itu sebagai Duta tidak rasmi Israel di Malaysia.

Setelah berjaya memperkudakan Majlis Ulama PAS yang dinaungi Mursidul Am PAS, Nik Aziz, Anwar Ibrahim tidak dapat sewenang-wenangnya cuba meracuni rakyat Malaysia dengan perbuatannya itu. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam, baik pemimpin dan penduduk yang berbangsa Yahudi itu adalah kaum yang dilaknat Allah s.w.t di akhirat kelak.

Sejak zaman Nabi Muhamad s.a.w hingga sekarang bangsa Yahudi itu tidak pernah menganggap Allah s.w.t sebagai tuhan. Dengan sikap yang rakus, mereka telah menyeksa umat Islam sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang hingga mengakibatkan penduduk Islam Palestin dibunuh dan diseksa setiap hari.

Inilah yang hendak dipertahankan Anwar Ibrahim? Demi mahukan kuasa dan jawatan Perdana Menteri di Malaysia, Anwar Ibrahim bersama koncu-koncunya sanggup menggadaikan negara jika Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13 nanti.

Bagi memastikan rakyat terus-menerus mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya itu, rakyat Malaysia akan terus melabelkan Ibu Pejabat PKR sebagai Pejabat Kedutaan Tidak Rasmi Israel di Malaysia.

Tindakan Anwar Ibrahim itu telah membuatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam lain terjejas biarpun kenyataan itu bukan dilakukan oleh Perdana Menteri. Ini suatu yang amat memalukan rakyat Malaysia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger