HARAM SOKONG PAS?


Disebabkan hubungannya dengan DAP dan PKR, dan persepakatan PAS bersama DAP dan PKR menyokong kenyataan Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, seorang tokoh ulama terkenal di Kelantan telah menegaskan adalah berdosa menyokong PAS.

Selain daripada tindakan itu, sokongan ke atas PAS juga haram kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi untuk menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila pemimpin PAS yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

“Saya sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang bercakap menegakkan Islam, tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam

Sehingga kini, PAS masih lagi menjalinkan hubungan dengan Anwar Ibrahim biarpun Anwar Ibrahim belum lagi menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar The Wall Street Journal.

Biarpun terdapat cdangan daripada beberapa penyokong PAS yang mendesak sama ada PAS keluar dari Pakatan Pembangkang atau mengambilalih kepimpinan Pakatan Pembangkang yang sekarang ini diterajui Anwar Ibrahim dan PKR. Begitupun, adalah mustahil perkara ini berlaku kerana ini pasti mendapat tentangan hebat dari DAP yang mahu Anwar Ibrahim dikekalkan disebabkan sikap liberalnya dan tolak ansurnya dengan agama lain khususnya apabila beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 21, 2012 at 1:24 PM

SEDIH DGN APA YG BERLAKUKAT PUAK PAS NI...

YHANX TUAN UMAH DAN USTAZ...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous
March 18, 2012 at 4:34 PM

alangkah baiknya artikel ini dan artikel dalam the duke's blog : LUAHAN HATI ANAK BEKAS MUFTI..!!! MESTI BACA..!!! dan artikel blog malay delima : nik aziz beri amaran kepada parti pas dicantumkan dan dijadikan soft copy dan diedarkan kepada semua penganut agama pas. sebagai senjata pru nanti.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger