Thursday, February 16, 2012


Dalam usaha mengalih perhatian rakyat Malaysia ke atas kata dua yang diberikan Nik Aziz, Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Malaysia mempunyai hubungan dengan Israel. Taktik ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan imej Anwar Ibrahim yang kini kian terdesak untuk mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Terdapat kemungkinan kenyataan itu dikeluarkan Israel atas tanda terima kasihnya kepada Anwar Ibrahim yang menghalalkan perjuangan rejim Zionis Yahudi.

Pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar. Malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim di negara itu sendiri kerana beliau sememangnya 'kawan baik' Israel.

Hakikatnya, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Dan, kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Israel itu menunjukkan bahawa beliau adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Di samping itu, Anwar Ibrahim juga dikenali sebagai individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja. Jika bersama orang Cina, Anwar Ibrahim akan jadi orang Cina dan kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama. Tetapi, apabila bersama Israel, dia menyokong Yahudi.

Itulah sifat sebenar Anwar Ibrahim.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!