BLOGGERS PKR KRITIK MAJLIS SYURA ULAMA DAN NIK AZIZ


Ketegasan Nik Aziz dalam memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim ternyata tidak disenangi bloggers PKR. Kebanyakan blogger PKR menganggap Nik Aziz tidak sepatutnya berbuat demikian lebih-lebih lagi terhadap ketuanya sendiri dalam Pakatan Pembangkang.

Perbuatan Nik Aziz itu tidak ada kewajaran memandangkan pemimpin PAS langsung tidak berbincang terlebih dahulu bersama Anwar Ibrahim dan PKR. Ini sangat memalukan Pakatan Pembangkang yang selama ini dinaungi Anwar Ibrahim. Kenapa tiada seorangpun pemimpin PAS yang bertanyakan hal itu kepada Anwar Ibrahim sebelum memberi kata dua?

Justeru, bloggers PKR mendesak Nik Aziz menarik balik kata duanya itu yang dikeluarkan semalam bagi tujuan memberikan ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk menerangkan kepada PAS tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Sepanjang tempoh 2 minggu lebih ini, PAS mendiamkan diri malah Anwar Ibrahim dan PKR sendiri langsung tidak menunjukkan diri mereka bersalah. Sebaliknya rakyat yang prihatin dan kerajaan BN yang menunjangi Malaysia sebagai negara Islam yang menyokong perjuangan Israel lantas mengecam dan mengkritik kenyataan Anwar Ibrahim.

Atas desakan rakyat, PAS mengeluarkan perintah kata dua setelah berbincang dalam Majlis Syura Ulama. Sepanjang tempoh 2 minggu itu, PAS benar-benar memberikan ruang dan peluang kepada Anwar Ibrahim untuk mempertahankan dirinya atau mengadakan perbincangan dengan PAS. Namun, tempoh itu tidak digunakan sebaiknya oleh Anwar Ibrahim dan PKR, dan menyebabkan PAS rasa tercabar.

Bloggers PKR melontarkan kehairanan mengapa Majlis Syura Ulama membincangkan soal Anwar Ibrahim sedangkan beliau bukan ahli PAS? Atau, Majlis Syura Ulama itu tertekan atas desakan BN? Sambil mendakwa telah berlaku perubahan mengenai negara-negara Islam yang mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.

Kesibukan Anwar Ibrahim dan PKR menjelajah negara luar bagi menerangkan kejayaannya dalam melepaskan diri dari meliwat ternyata telah memakan diri. Akibatnya pelbagai kenyataan yang memakan diri telah terkeluar daripada mulut Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan dirinya kini sudah tidak lagi bernilai.

Hakikatnya, tohmahan dan desakan bloggers PKR itu adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada penyokong Pakatan Pembangkang bahawa Nik Aziz itu seorang yang nyanyuk dan sudah terlalu tua.

Ternyata bloggers PKR itu bukan sahaja membela Anwar Ibrahim malah menyokong Israel dan Yahudi Zionis itu yang diibarat kiblat untuk meraih kekuasaan politik dalam kancah demokrasi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger